Abdulloh Wanahmad; AwanBook
Bila disebut bahasa Melayu, semua orang merasa bangga, terasa berpuas hati dengan perkataan itu, namun di sebalik kepuasan dan kebanggaan itu, tersembunyinya suatu kebimbangan yang masih menakuti di jiwa nurani kami ini bahawa, bahasa Melayu di Patani adakah akan dapat bertahan lama, sampai ke anak cucuku di masa depan nanti?
Sebagai seorang keturunan Melayu, yang bertutur dengan bahasa Melayu dailek Patani semanjak dari kecil hingga kedewasa ini, kami amat terikat dengan bahasa ibunda, dan sebagai bahasa yang membawa rahmat keislaman kepada diri yang kerdil ini, dan dengan bahasa ini juga ajaran Islam di bumi bertuah Patani ini, Islam dapat berkembang pesat, hingga dapat bertunjang tunas keesaan Tuhan agama yang suci dengan teguh dan kuat kewibawaannya.
Waktu kecil, kami tidak pernah merasa bangga dengan bahasa pertuturan ibu dan ayah kami, yang tahu hanya itu adalah bahasa hidup kami,, bahasa permainan kami, bahasa tengisan kami, bahasa rayuan kami.
Entah, bila saja diri meredah kezaman kedewasaan, diri mula bertanya-tanya, apakah bahasa yang kami bertutur ini, apakah bahasa Melayu itu, dan kami lebih tertarik dengan bahasa Melayu, bila terlibat dan terlihat huruf-hurufnya tertera di dalam kitab tua, yang masih berperanan di dalam sistem pembelajaran sekolah pondok.
Namun, bila waktu begitu cepat putarannya, dunia begitu laris kemajuannya, dan zaman begitu dahsyat perubahannya, Dunia semakin maju, dipenuhi dengan kecanggihan alat teknologi, hatta umpama dunia yang terhampar luas ini, menjadi sempit, tidak seluas begitu rasa, apatah lagi, bila manusia semakin cerdik, pengkajiannya semakin hebat, bila khayalannya semakin tinggi tanpa batasan, setinggi ruang angkasa mereka juga sanggup merentasi juga.
Perubahan dunia yang amat mengejutkan kita-kita semua, juga membawa perubahan kepada alamnyata dengan tak dapat dinafikan lagi, terutama bila cara berkomunikasi amat mudah, bertambah senang kehidupan manusia, sehingga terlupa kepada idintity diri, yang menjadi warisan ummah bagi setiap bangsa.
Namun, walaubagaimanapun, itu terhenti di atas atatus bangsa masing-masing, bagi bangsa yang kuat dan bernasib baik, mereka hidup secara merdeka dalam zaman gelobal ini dengan selamat dari gangguan atau penindasan dari bangsa asing, mereka dapat mempertahankan segala haknya melalui sistem pemerinthan mereka, yang kuat dan rapi.
Tetapi bagi bangsa yang malang, yang tertindas oleh bangsa asing yang mencekamkan hak-haknya dengan segala bentuk dan cara, maka bangsa itu, seolah-olah, menunggu hari kehancuran jua, dan menanti watu diperkuburkan lenyap kedasar putaran zaman, bila waktunya tiba.
Yang kami melebarkan tulisan di atas, supaya ingin menggambarkan fenomina
yang sudah, yang sedang dan yang akan berlaku di masa akan datang, kepada sesebuah bangsa yang dhaif seperti Patani, tidak berdaya lagi dalam memperjuangkan demi kewujudan bangsa mereka sendiri sampai keakhir zaman, dapat berkembang membiak di dunia ini dengan penuh mulia.
Patani, salah satu di antara bangsa yang tertindas, yang sedang mempertahankan jatidiri mereka sehebat mungkin, walau tak dapat menebuskan kesemua hak yang telah dirampas, namun apa saja yang dapat berusaha di tengah keadaan yang nyaris lenyap dari persada bumi ini, maka buatlah apa saja yang dapat dilaksana, walau secebis hakpertuanan sekalipun.
Kini, bangsa Melayu Patani, jika dibanding dengan sebuah bahtera yang sedang belayar di tengah samudera raya, seakan-akan hampir mengalami kekaraman, jika anak kapal yang berada di dalamnya, tidak berusaha memperbaiki tempat yang bucur itu, tidak ada yang menuang air keluar darinya, yang menyusuli masuk melalui kerentakan dindingnya, kerana dihantam batu dan taufan yang kuat, kerana dipukul ombak yang besar, kerana dicurahi hujan dari langit siang dan malam, nescaya tidak berapa lama, kapal yang sedang di dalam keadaan seperti itu, akan tenggelam hilang kedasar laut, menjadi umpan bagi ikan di laut, akhirnya lenyap hilang dari pemandangan mentari dan dunia.
Keadaan bahasa Melayu di Patani begitu juga, sekarang dalam keadaan yang amat parah, tak dapat kami nak mengibaratkan seperti apa dan bagai mana, tetapi apa yang kita dapat melihat keadaannya adalah, kenyataan yang sedang berlaku di dalam masyarakat Patani sekarang.
Kebetulan dengan kami terlibat dengan isu bahasa Melayu dengan secara tidak langsung, dapat melihat berbagai kerunsingan terhadap kenyataan di Patani, anak muda tidak gemar bercakap Melayu, sebaliknya mereka suka bertutur dengan bahasa asing selaku bahasa rasmi negara dan selaku bahasa pemburu kepada bangsa mereka sendiri di masa yang sama, dan jika kita melihat cara berkomunikasi mereka di dalam alam maya, ini cukup jelas, kerana mereka lebih suka dan mudah berbahasa Thai dari bahasa Melayu,
Walaupun di dalam masyarakat Patani sekarang, masih lagi bertutur dengan bahasa Melayu local(kampong), namun itu, tidak cukup dalam kita nak mempertahankan bahasa Melayu di Patani, kerana itu bahasa dailek, tidak dapat nak mewarisi kepada jenerasi kebelakangan, jika tiada percatatan secara bertulis.
Dan yang lebih malang lagi, bila golongan pelajar dan mahasiswa yang berkependidikan dalam negeri(Thai), mereka seolah-olah ditelan oleh bangsa asing dengan secara tak sedar, walaupun mereka masih bertutur dengan bahasa Melayu bila pulang kedesa, namun mereka sudah tidak berdaya menulis dengan bahasa Melayu, sedangkan itulah yang akan menjadi peradaban kepada jenerasi kemudian.
Faktur yang membuatkan masyarakat Melayu Patani berpaling belakang, atau kurang minat kepada bahasa Melayu adalah, kerana bahasa Melayu tidak diakui oleh kerajaan sebagai bahasa pengantaran rasmi, seperti beberapa buah negara, oleh itu mereka tidak merasa bahawa bahasa Melayu itu penting, dan faktur seterusnya, peranan kerajaan yang berusaha menanam asas kebangsaan negara begitu kuat, yang memuji bahasa pusat (Thai) sehingga menyipak bahasa lain kepinggir pemikiran mereka, dan sbg.
Itulah sebahagian besar faktur, yang mengikis bahasa Melayu di Patani sehari demi sehari, sehingga seakan-akan hampir berjaya oleh dasar-dasar buruk mereka terhadap bangsa yang tertindas Patani ini.
Sekarang kita dapat melihat riaksi perkembangan bahasa Melayu di Patani, kejalan yang positif, dengan berbagai aktiviti dan berbagai forum yang di adakan oleh badan-badan swasta, malahan ada juga forum bahasa Melayu yang dianjurkan oleh kerajaan sendiri, melalui agensinya yang bertugas khas di dalam kawasan seperti Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan atau SBPAC.
Dan suatu langkah yang baik pula, setelah Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu Thailan (DBPMT) telah ditubuhkan dengan rasmi, dan diikuti pula dengan memasuki kedalam MASTERA, baru-baru ini, namun apakah hasilnya atau aktivitinya yang sudah berlangsung selama ini, kita sama-sama dah menyaksi dan mengetahui.
Semenjak kami mulai terlibat dengan bahasa Melayu secara berkebetulan, banyak forum bahasa Melayu yang diadakan dalam kawasan ini, mungkin berpuluhan forum yang sudah dilancarkan, entah yang kami merasa kagum adalah, kenapa tidak pernah menjadi kenyataan, sedangkan bila mendengar kata-kata ceramah dari ahli panel yang berpidato di atas pentas dan di dalam ruangan, kami terasa, mereka lebih mahir dengan bahasa Melayu, mereka lebih bersemangat dalam memperkasakan bahasa Melayu bila dibanding dengan yang lain, tetapi, sesudah satu forum, sepi lenyap seperti biasa, tidak ada mereka yang sanggup menerjun sendiri, demi mencipta sebuah media atau sebuah usaha, untuk melepaskan taksil sebagai fardhu kifayah, bagi sesebuah bangsa yang harus mempunyainya.
Satu dekad yang dihadapi ini, bagaimanakah keadaan bahasa Melayu di Patani, akan berada dalam udara yang sama atau lebih buruk dari sekarang? atau hanya menngadakan forum, lepas satu hubung pula satu, tidak ada kenyataan apa-apa yang dapat menyaksi dan dapat menyetuhnya, atau akan terjadi seperti ayam betina, bertelur sebiji tetapi riuh sekampong?
BAHASA JIWABANGSA,
HILANG BAHASA LENYAPLAH BANGSA
TETAPI, JIKA BANGSA SUDAH HILANG KESEDARAN
TERPUPUSLAH JATINYA, TERELAI DI MUARA MALANG.