Kediktatoran Kudeta Thailand

Patani Fakta dan Opini's picture

Siam adalah negara pelangaran hak. Kita tidak ingin hidup dibawah negara tidak memilik demokrasi.."

 

Beberapa spanduk berkibar di provinsi Ujung Selatan
(Beberapa spanduk berkibar di provinsi Ujung Selatan)
 

Kata kudeta mengandungi konotasi yang negatif. Dekad ini, iklim antarabangsa begitu mengutamakan nilai demokrasi sehingga rampasan kuasa yang dilakukan Thailand mengundang kecaman dari dunia antarabangsa. Melalui pejabat berita CNN, Kofi Anan, Setiausaha Agung PBB kala itu, begitu kesal dengan rampasan kuasa yang berlaku. Banyak pemimpin negara menyayangkan terjadinya sebuah rampasan kuasa sebagai bentuk pemecahan masalah di Thailand. Sebagi anggota ASEAN, Thailand juga dianggap mengingkari prinsip demokrasi yang telah disepakati bersama seluruh negara di Asia Tenggara.

Aksi tentera Thailand yang melakukan rampasan kuasa terhadap kerajaan saat ini menuai kutukan dari rakyat pro demokraasi maupun masyarakat antarabangsa dengan menyatakan, tindakan rampasan kuasa tentera tidak boleh dibenarkan.
 
Junta tentera kini sedang berjudi dengan risiko kerana meyakini bahawa jika mereka mencipta iklim ketakutan, dengan cara menangkap dan menahan sejumlah orang yang menentang rampasan kuasa dan aktivis pro-demokrasi, maka dengan sendirinya masyarakat akan mematahkan semangat dan kemudian menjadi pasif. Walaupun junta kemudian berhasil memaksakan ketertundukan dan mematahkan semangat dari majoriti warga negara, hal ini hanyalah usaha menutupi keretakan-keretakan dalam masyarakat Thailand. Akar dari krisis hari ini terletak pada lebarnya jurang jurang dalam masyarakat dan bagaimana sebahagian besar orang telah menyedari bahawa mereka secara politik dimarginalisasi dan kemudian sampai pada pemahaman bahawa keadaan hari ini seharusnya jauh lebih baik. Ketika orang-orang mendapatkan kembali kepercayaan diri mereka untuk melawan, krisis akan meletup kembali dan jika orang-orang belajar dari pengalaman di masa lalu, mereka akan menuntut untuk penghapusan seluruh infrastruktur kuasa lama.
 
Junta tentera yang berkuasa melalui rampasan kuasa sebelum ini menulis sebuah perlembagaan tentera pada tahun 2007 dan membentuk 'badan-badan bebas' seperti Senat, mahkamah dan pelbagai jenis komisen, yang dipenuhi oleh para penyokong setia tentera. Idea dasar dari perubahan-perubahan perlembagaan ini adalah keyakinan bahawa rakyat Thailand mesti 'diselamatkan dari ketidakmampuan mereka sendiri'. Dasar-dasar dari kerajaan yang dipilih secara demokratik mesti dikendalikan oleh para 'ahli' dari kumpulan elit konservatif.
 
Seluruh kementerian dan unit pemerintahan kini dikawal penuh oleh anggota tentera. Pegawai awam yang mempunyai kedudukan sebelum rampasan kuasa digantikan dengan mereka yang loyal terhadap tentera atau merupakan sebahagian dari kroni junta.
 
Junta tentera juga meniru gaya Majelis Nasional Burma, yang terdiri dari majoriti tentera dan sebahagian kecil tokoh awam yang anti demokrasi. Hal ini bertujuan untuk membentuk sebuah sistem politik baru di mana dapat dipastikan bahawa pilihan raya yang diadakan nanti di masa depan dapat diatur sesuai kepentingan tentera dan kumpulan konservatif. Itu mengapa begitu hangatnya sambutan yang diterima perwakilan tentera Burma ketika berkunjung ke Bangkok bulan Julai 2014, dan hal yang sama juga berlaku ketika kunjungan balasan Jeneral Prayuth ke Burma pada bulan Oktober 2014 kemudian.
 
Hipotesis yang kemudian muncul di banyak laporan media massa asing bahawa kekacauan politik yang berpanjangan di Thailand hari ini utamanya disebabkan oleh 'krisis suksesi kerajaan' merupakan perkara yang mengada-ada. Adalah sebuah kesalahan mengandaikan bahawa monarki Thailand mempunyai kekuatan sebenar dan raja secara berterusan melakukan campur tangan dalam politik. Kenyataannya, raja Bumibol yang selama ini selalu menunjukkan kelemahan dan kepengecutannya, mendapatkan keuntungan dari kewujudan junta-junta tentera dan pemerintah yang korup yang secara terus menerus menggunakannya figurnya untuk mengesahkan aksi-aksi mereka. Sejak Bumibol dilantik sebagai raja untuk menggantikan kakak laki-lakinya yang terbunuh dalam sebuah kemalangan senjata, ia sentiasa menjadi alat pemenuhan keinginan dari kumpulan tentera dan elit-elit konservatif. Semasa era Perang Dingin, raja Bumibol juga membiarkan dirinya digunakan sebagai alat Amerika Syarikat untuk menjadi simbol menentang 'komunisme'. Hari ini raja Bumibol sudah sangat tua dan mengalami kesukaran untuk bercakap.
 
Raja berperlembagaan yang dipimpin oleh Raja Bhumibol Adulyadej, 86, menikmati kepercayaan tinggi di antara penduduk Thailand. Restu dari istana selama ini dianggap sebagai langkah penting mengesahkan perubahan kuasa di Bangkok, termasuk rampasan kuasa tentera.
 
Hal yang jauh lebih penting adalah, teori mengenai penggantian kerajaan juga menganggap bahawa krisis politik dan sosial yang berlaku hari ini semata-mata hanya persoalan mengenai pertentangan antar kelompok elit tanpa melibatkan jutaan masyarakat luas. Pandangan ini seperti ini adalah cara pandang politik top-down.
 
Hari ini yang kita saksikan adalah kekuatan neo-liberal (sebuah pola pemikiran politik ideologi Amart) anti demokrasi sedang merangkak keluar dari sarang mereka untuk menolong junta tentera membina peta menuju jalan 'Demokrasi Terpimpin, Gaya Neoliberal'. Yang menonjol di antara mereka adalah bos-bos universiti bergaji tinggi dengan pemikirannya yang konservatif. Pemerintahan tentera yang dibentuk selepas mengambil alih kuasa melalui rampasan kuasa tahun 2006 juga mengikuti dasar-dasar neo-liberal.
 
Lalu bagaimana prospek demokrasi di Thailand? Menjawab soalan ini, bergantung kekuatan dari kumpulan-kumpulan yang selama ini gigih menentang kediktatoran tentera yang pro demokrasi.
 
Gambar bawah: Deklarasi Rakyat Tuntut Kebebasan Dari Kediktatoran Kudeta, 19 September 2015, di Kota Bangkok
 
 
 

 

Malay