Pada tanggal 9 Desember 2011 people college mengadakan forum diskusi plopor mengubah konflik menuju kedamaian generasi pertama dalam bidang studi
Bertempat di Deepsouthwatch Prince of Songkla University Tajuk Masyarakat melayu Oleh Dr. ABDUL RAHMAN
Sejauh mana minda melayu
Dalam menghadapi Era Globalisasi dunia maju
Tidak dapat di nafikan bahwa kejayaan sain dan teknologi yang di hasilkan oleh serjana-serjana barat telah mempengaruhi dan mempesona manusia sedunia disamping menarik perhatian untuk mengikuti pendapat mereka Maka tidak haran kita bahwa tidak sedikit pula manusia menukar cara hidup , bersahaja dengan apa adanya ,maka sekarang mereka berlomba-lomba mencari cara hidup yang lebih serasi dengan selara dunia maju termasuk juga orang melayu di tempat kita. Seandainya mereka tidak kejar berarti mereka ketinggalan, melihat kepada perkembangan masapun orang melayu sudah di tinggalkan
Maka tidak heranlah perkembangan manusia di dunia ini , berlomba-lomba mengatur langkah dan mendapat ilmu pergetahuan mengikut kehendak sesuai dengan kemajuan (Dynamis) dan cita-cita yang akan dicapai
Dalam hal ini mari kita kembali kepada masyarakat orang Melayu di tempat kita minda mereka masih tertutup dan terbelungu apakah disebabkan meraka jahil atau dalam kejahilan, atau kerana ada pendirian mereka, atau kerena mereka menganut suatu faham Politik atau extrim/mena’sub,ini merupakan salah satu punca orang melayu ditempat kita beku memang kalau hal tersebut dari pada seseorang,yang tentu membuat seseorang itu tidak berdaya maju,tidak ada kompetisi tidak mampu menghadapi cabaran dunia maju.
Kesimpulan:
1.Dengan ilmu dan Teknologi manusia dapat meneruka dan menjelajah dunia di samping dapat mempengaruhi dengan melalui saluran dan cara berfikir yang diserap dalam metode ilmu pengetahuan
2.Umat melayu yang pada asalnya berada dalam satu kesatuan yang utoh ,telah di pecah-pecahkan mengikut dasar “ pecah dan perintah” dengan tujuan untuk melemahkan solidariti di kalangan mereka.
3. setelah nama melayu/bangsa melayu dengan diberi panggilan baru dengan nama “orang thai” melayu tiada tempat dalam peta politik thai
4.Orang melayu di tempat kita masih tertutup dan terbelenggu, tidak ada minda dan wawasan, mungkin kerana dikunci oleh suatu faham politik atau kerana extrem terhadap suatu isme
5.Mungkin kerana orang melayu turun-temuran mendapat tekanan dan diskriminasi oleh golongan-golongan yang tidak bertanggung jawab sehingga mereka tidak mau lagi merubah nasib ,pesrah sahaja kepada gadha dan dadar atau egaliter
Posted by : vjujur