Source: http://thai.amannews.org/view/view.php?id=1020
Tuan Daniya Meringing
SETIAP KONFLIK YANG BERLAKU DI DUNIA INI MESTI ADA JALAN KELUAR. KEKERASAN DAN KEKUATAN BALA TENTERA TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH. SEPERTI JUGA KONFLIK DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN THAI ATAU BEKAS KERAJAAN MELAYU PATANI HARUS DI TAMAT DENGAN RUNDINGAN.
TAHUN 2004 SEBAGAI TITIK PERMULAAN KONKLIK ERA BARU ANTARA UMAT ISLAM PATANI DENGAN KERAJAAN THAILAND. APABILA KEM TENTERA DI NARATHIWAT DISERANG DAN LEBIH 400 LARAS SENJATA DIROMPAK DAN EMPAT ORANG ASKAR DI BUNUH.
JUMLAH KEJADIAN YANG DI KELUAR OLEH BADAN PEMANTAU KEADAAN DI WILAYAH SEMPADAN SELATAN ATAU DEEPSOUTHWACH (DSW) SEJAK JANUARI 2004 HINGGA 31 MAC 2012 TERDAPAT 11,615 KAJADIAN , SERAMAI 5,712 ORANG MATI DAN 9032 ORANG LAGI CEDERA.
PENGEBOMAN DI YALA DAN HADYAI PADA 31 MAC 2012 ADALAH INSIDEN YANG PALING BESAR DALAM KONFLIK DI SELATAN THAILAND SEJAK LAPAN TAHUN LEPAS. SEBAB KEJADIAN TERSEBUT TELAH MERAGUT NYAWA 16 ORANG DAN LEBIH 500 ORANG CEDERA. DALAM JUMLAH KEMATIAN TERSEBUT DUA ORANG RAKYAT MALAYSIA MATI DAN 27 LAIN CEDERA.
SUSULAN DARI KEJADIAN ITU HAMPIR SEMUA MEDIA TEMPATAN SEPERTI BANGKOK POST AKBAR BAHASA INGERIS TERBESAR, SALURAN TELEVISEN DAN MEDIA CETAKAN LAIN TERUTAMA MEDIA ONLINE YANG BERAKTIF DI TIGA WILAYAH SELATAN SEPERTI WEBESITE WWW.ISSARANEWS.ORG , WWW.DEEPSOUTHWACH.ORG , WWW.PRACHATAI.COM DAN LAIN-LAIN TURUT MEYIARKAN BERTIA PENTINGNYA KERAJAAN MENGAMBIL LANGKAH BARU DALAM MEYELESAIKAN MASALAH KONFLIK DENGAN CARA RUNDINGAN DAMAI
DR.SRISOMPOB JITPIROMSRI, PENGARAH DEEPSOUTHWACH DAN PENGANALISIS YANG MENGUMPUL STATISTIK KEJADIAN SEJAK LAPAN TAHUN KONFLIK TERCETUS BERKATA CARA PENYELESAIN MASALAH OLEH KERAJAAN YANG TELAH LEPAS SEBAGAI JALAN BUNTU DAN KINI SUDAH TIBA MASA UNTUK BERUNDING
“MASALAH YANG BERLAKU SAYA MELIHAT INI SEBAGAI JALAN BUNTU. SEBAB PENYELESAIAN MASALAH BELUM BERHASIL WALAU PUN KERAJAAN TELAH HANTAR BERPULAHAN RIBU TENTERA DAN MENGUAT KUASA UNDANG-UNDANG DARURAT TETAPI KEGANASAN BELUM DAPAT DIHENTIKAN.
KINI SUDAH TIBA MASANYA UNTUK BERUNDING DALAM MENCARI PENYELESAIAN SECARA DAMAI.PADA AWAL-AWALNYA PIMPINAN TENTERA MENOLAK PROSES RUNDINGAN DAMAI DENGAN PUAK PEMISAH. TETEPI IMPAK DARIPADA MEDIA DAN AHLI AKDEMIK TENTERA TERPAKSA MENUKAR PENDIRIAN UNTUK MENERIMA JALAN PENYELESAIAN SECARA DAMAI SEBAB PENGGUNAAN KEKUATAN ASKAR TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN KONFLIK”
SEORANG LAGI PENGANALISIS DI SELATAN THAI “AHMAD SOMBOON BUALUANG” AHLI AKDEMI BEBAS UNTUK KEDAMAI DAN BEKAS AHLI JAWATANKUASA BEBAS PERDAMAIAN KEBANSAAN ATAU NRC JUGA MELIHAT BAHAWA SETIAP PERMUSUHAN MASTI ADA JALAN PEMEYELESAIAN IAITU RUNDINGAN DAMAI
“SETIAP PERMUSAHAN AKHIR SEKALI HARUS DI HENTIKAN DENGAN RUNDINGAN DAMAI. APABILA ADA CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PROSES RUNDINGAN RAMAI.BAGI PEGAWAI-PEGAWAI PERINGKAT ATASAN TIDAK FAHAM APA ITU RUNDINGAN DAN APA ITU KEDAMAIAN ATAU PEACE TALK MEREKA FIKIR INI SAMA. SAYA RASA INI DIMENSI BARU DALAM MEYELESAIKAN MASALAH KONFLIK YANG BERLAKU SELAMA LAPAN TAHUN DAN JUMLAH KEMATIAN LEBIH 5,000 ORANG. SAYA RASA RUNDINGAN PENTING SEBAB ADA ORANG MATI SETIAP HARI. CARA TEMBAK MENEMBAK PENGEBOMAN ITU BUKAN CARA MENYELESAI MASALAH. OLEH ITU KEDUA PIHAK ATAU TIGA PIHAK AKAN MENCARI JALAN MENYELESAIKAN MASALAH.”
DR.SRISOMPOB PERCAYA BAHAWA KEJADIAN DI HADYAI PADA 31 MAC DIDALANGI OLEH PUAK PEMISAH ATAS ALASAN KEJADIAN ITU DIRANCANG DAN HANYA PUAK PEMISAH SAHAJA YANG ADA KEMAMPUAN.
“INI ADALAH KUMPULAN PUAK PEMISAH YANG BERJUANG UNTUK MEMBEBASKAN TIGA WILAYAH YANG DI PIMPIN OLEH GERAKAN PULO DAN BRN KHASNYA BRN ADALAH PEMAIAN PERANAN PENTING PADA KEJADIAN KALI INI. KEJADIAN INI BUKAN DILAKU OLEH KUMPULAN PENGGANAS KECIL-KECIL PENIAGA HARAM ATAU PENIAGA DADAH. ORANG TIDAK AKAN MELIHAT LAGI KEPADA KUMPULAN ITU. TETAPI INI ADALAH GERAKAN PEJUANG YANG MELAKUKANNYA DENGAN MERANCANG UNTUK MENUNJUK KEBOLEHAN MEREKA DALAM MELAKUKAN SERANGAN DI MANA DAN BILA MASA. WALAUPUN PENGEBOMAN PADA KALI INI DI LEHAT SEBAGAI SATU KEGANASAN SEBAB MANGSA ADALAH ORANG AWAM TETAPI SEBALIKNYA IA AKAN MEMBAWA KEPADA JALAN PENYELESAIAN IAITU RUNDINGAN DAMAI”
TETEPI AHMAD SOMBOON TAK YAKIN BAHAWA PENGEBOMAN DI HATYAI DIDALANGI PUAK PEMISAH SEBAB TERLALU BESAR DAN MESTI BUAT SESIATAN TERLEBIH DAHULU.
“ITU MEMANG HANYA SEBAGAI MELONTAR FITNAH ANTARA SATU SAMA LAIN SEBAB SIASATAN BELUM LAGI DILAKUKAN. APAKAH PERBEZAAN ANTARA BOM DI YALA DAN DI HADYAI. CIRI-CIRI PENGEBOMAN HARUS DI KAJI LEBIH DALAM. MUNGKIN INI SATU ALAMAT BAHAWA KONFLIK ITU BUKAN KECIL DAN ADA PUNCANYA DARI PUAK PEMISAH, PENIAGAAN DI HADYAI ITU TERLALU BANYAK ADA CAMPUR ADUK. JANGAN TERLALU CEPAT BUAT KEPUTUSAN.”
TETAPI KEDUA-DUA PENGANALISIS MELIHAT BAHAWA NEGARA JIRAN YANG PALING DEKAT IAITU MALAYSIA HARUS MENGAMBIL PERANAN DALAM MENJADI MIDIATOR TETAPI HARUS BEKERJASAMA DENGAN MEDIATOR DARI DALAM
“SAYA MELIHAT BAHAWA COORDINATOR DARI DALAM ADALAH SANGAT PENTING KERANA MEMPUNYAI PENDIRIAN YANG BERKEKALAN ATAU MESTI ADA DARI ORANG KETIGA YANG DATANGNYA DARI DALAM SEPERTI BADAN RAKYAT AHLI AKADEMI ATAU DIPANGGIL INSIDE MEDIATOR YANG DISOKONG DARI BADAN LUAR NEGARA. BAGI NEGARA THAI NEGARA JIRAN PUN AMAT PENTING SEPERTI MALAYSIA, INDONESIA ATAU KONITI ASIAN PUN BOLEH. OLEH ITU PROSES RUNDINGAN DAMAI MESTI LAHIR DARI DALAM DENGAN ADANYA ORANG KETIGA” UJAR DR.SRISOMPOP. MANAKALA AHMAD SOMBOON SETUJU DENGAN SARANA DR.SRISOMPOP DENGAN KATANYA
“ITU MEMANG PENTING JIKA KITA MELIHAT ATAS JUMLAH KEMATIAN,CEDERA DAN LAIN-LAIN. KERAJAAN THAI SENDIRI ANGGAP BAHAWA MASALAH KONFLIK DI SELATAN ADALAH MASALAH DALAM NEGERI.OLEH ITU ORANG LUAR TAK PERLU CAMPUR TANGAN. DENGAN JUMLAH KEMATIAN YANG SUDAH BERIBU-RIBU ANTARABANGSA HARUS MASUK KERJASAMA UNTUK MENCARI PENYELESAIAN KHASNYA NEGARA JIRAN MALAYSIA HARUS MEMBERI KERJASAMA DAN JANGAN RAGU-RAGU UNTUK MEMBERI KERJASAMA. MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG HARUS MENGAMBIL INISIATIF INI WALAU PUN NEGARA THAI TIDAK BEGITU SENANG HATI TETAPI THAILAND TIDAK BOLEH MENOLAK. DAN NEGARA KETIGA YANG LAIN PUN HARUS MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM HAL INI SEPERTI NEGARA EROPAH”
TEGAS DR.SRISOMPOP LAGI INSIDER MEDIATOR ADALAH SANGAT PENTING DALAM MENJAYAKAN PROSES RUNDINGAN DAMAI
“SEKARANG PIHAK KERAJAAN THAI DAN TENTERA TELAH AKUI PROSES RUNDINGAN DAMAI SEBAB TEKANAN POLITIK. OLEH ITU PIHAK SIVIL HARUS MENGAMBIL PERANAN PENTING DALAM PROSES RUNDINGAN DAMAI ATAU PEACE PROSCESS. KINI TELAH ADA SPACE BAGI BADAN RAKYAT (CIVIC SOCEITY) DALAM MENCARI PENYELESAIAN SECARA DAMAI YANG TERDIRI DARI PERTUBUHAN HAK PERIKEMANUSIAAN, BADAN WANITA, MEDIA, BELIA DAN BANYAK LAGI DI SELATAN THAILAND YANG ADA KEMAMPUAN DALAM HAL INI. DAN BADAN-BADAN RAKYAT INILAH AKAN MENJADI INSIDER MEDIATOR YANG PENTING DAN BERPERANAN DALAM PROSES RUNDINGAN DAMAI”