BRN-MKN: henti dialog terbuka, bermula dialog tertutup
Oleh : Astora Toramae
Dengan tidak semena-mena proses dialog damai yang bermula pada 28 Februari/Kumpaphan 2013/2556 lalu telah melabuhkan tirainya pada 6 Ogos/Singhakom lepas bila angkatan bersenjata Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) membuat pengumuman dalam Youtube bahawa Malis Syura perubuhan pembebasan Melayu Patani itu mengambil keputusan menamatkan dialog dengan Majlis Kesematan Negara (MKN) Thai.
Ramai terpinga-pinga tercengan kehairanan dengan pengumunan BRN itu. Pihak Thai dengan selantas-lantasnya seperti dinyatakan beberapa orang pembesarnya termasuk ketua gelegasi kerajaan Thai ke meja dialog damai, iaitu Setiausaha Agung MKN Leftenan Jeneral Paradorn Pattanathabutr bahawa dialog damai akan diteruskan. Manakala beberapa akhbar Bangkok dalam bahasa Thai dan bahasa Inggeris pula mengutip kenyataan pembangkang dan pihak-pihak yang tidak menyokong dialog damai menyatakan dialog berkenaan sudah terkubur.
Tidak kurang juga yang beranggapan bahawa pengumumana BRN menamatkan dialog damai melalui angkatan tenteranya itu bererti terdapat konflik antara sayap tentera dan sayap politik pertubuhan pembebasan Melayu Patani yang didakwa menjadi pelaku utama terhadap pergolakan berpanjangan yang meletus di wilayah majoriti Melayu Muslim sejak tahun 2004/2547 itu.
Lebih teruk lagi ada pula yang beranggapan bahawa pengumuman BRN menamatkan dialog damai melalui angkatan tenteranya itu sebagai tamparan kepada sayap politik BRN atau ketua gelegasinnya ke meja dialog damai, iaitu Ustaz Hassan Taib.
Akibatnya ramai jadi keliru dan celaru.
Sebenarnya memang terdapat banyak salah faham dan pandangan negatif terhadap dialog damai ini sejak mula diadakan lagi kerana dilihat sebagai isu politik dan orang yang memainkan peranan utama dalam menggeraknya pula adalah pemimpin politik yang paling kontroversi, Bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Jadi mahu tidak mahu pergolakan di wilayah sempadan tidak mungkin terlepas dari hiruk-pikuk dan bahang kepanasan gelora politik di Bangkok.
Itu di satu pihak. Di pihak yang lain media-media di Bangkok tidak ada banyak fakta mengenai dialog damai. Dengan kata lain mereka tidak mempunyai banyak sumber berita. Lalu mereka memuat ramalan dan menjadikan ramalan mereka sebagai berita.
Sebagai seorang wartawan kanan yang mengikuti proses damai sejak masih berada dalam kandungan lagi, penulis ingin menjelaskan bahawa berdasarkan malumat tangan pertama (first hand news) yang diperoleh dari beberapa orang pemimpin BRN termasuk Ustaz Hassan Taib dialog akan teruskan selepas BRN mendapat jawapan terhadap lima syarat dan terma awal yang diajukan kepada MKN Thai ekoran badan keselamatan Thai itu membuat tuntutan supaya dikurangkan kekerasan. Hassan menegaskan bahawa perlu menunggu jawapan terhadap lima syarat dan terma itu untuk diteruskan dialog. Ini bererti dialog damai terbuka tidak ada atau tamat buat sementara.
Bagaiamanapun, dialog tertutup melalui pemudah cara Malaysia masih ada. Ini bermaksud Hassan atau BRN masih boleh berkomukasi dan berbincang dengan Paradon atau MKN melalui perantaraan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim seperti pernah dua kali diadakan pada bulan Ramadan lalu. Hassan dan Paradon dipanggil ke tempat yang sama, tetapi tanpa bersemuka. Mereka menyampaikan pandangan dan pendirian masing-masing melalui pemudah cara sahaja.
Hassan menyatakan pandangan di atas dalam wawancara dengan Radio Media Selatan (www.rdselatan.com) pada 5 Ogos/SInghakom dan pertemuan dua mata penulis dengannya pada 6 Ogos/Singhakom serta beberapa perbualan melalui telefon pada hari-hari berikutnya.
Berhubung dakwaan bahawa pengumuman BRN menamatkan dialog damai terbuka melalui angkatan tenteranya itu sebagai tamparan kepada sayap politik BRN atau Hassan, penulis dapat menjelaskan di sini bahawa tidak betul. Sebaliknya penulis menganggap ia merupakan kebijaksaaan BRN bagi menyelamat sayap politiknya atau Hassan dan sekurang-kurang untuk mengelak daripada kritikan pihak Thai, Malaysia dan pihak-pihak lain.
Perlu diterangkan bahawa sayap politik BRN atau Hassan mengguna bahasa politik, bahasa diplomasi dan bahasa realiti dalam kebanyakan kenyataannya. Dengan itu ia dilihat lembut dan lunak. Manakala angkatan senjata BRN pula menggunakan bahasa tegas, bahasa tentera dan bahasa prinsip. Dengan demikian ia dilihat keras dan kental.
Pendekatan yang sama dilakukan oleh MKN dan tentera Thai. MKN kelihatan bertolak ansur, tetapi tentera sebaliknya.
Proses damai baru berada dalam tahap dialog saja dan belum lagi masuk ke dalam tahap rundingan (negociation). Dalam tahap dialog ini sepatutnya segala usaha perlu ditumpukan kepada membina kepercayaan (confidence building) antara delegasi Thai dan delegasi BRN di satu pihak dan antara pemerintah dengan rakyat di tiga wilayah dan empat daerah di pihak yang lain. Tahap ini dianggap tahap yang paling lama sekali seperti terlaksana dalam banyak rundingan damai di banyak negara di dunia.
Dalam erti kata lain dalam tahap ini tidak sesuai untuk membuat tuntutan-tuntutan besar seperti tuntutan gencatan senjata atau tuntutan mengurangkan kekerasan secara umum dan tuntutan mengurangkan kekerasan secara khas pada bulan Ramadan seperti dilakukan olej MKN Thai. Ia samalah memaksa wanita hamil melahirkan bayi pra matang kandungan, iaitu baru mengandung tiga empat bulan atau lima enam bulan sudah meminta si wanita hamil melahirkan bayinya. Sudah tentu bayi akan mati.
Kesimpulanya dialog terbuka MKN dan BRN tamat, tetapi yang masih ada adalahh dialog tertutup. Bagaimanapun, peluang untuk berdialog terbuka masih cerah jika ada kebijaksanaan politik dari Bangkok untuk menangangi isu kekerasan di wilayah sempadan dengan ikhlas dan jujur kerana kelima-lima syarat dan terma BRN seperti dianggap banyak pihak tidak bercanggah pun dengan undang-undang dan Perlembagaan negara.
Tamat....