Skip to main content

 

Oleh Suara pattani
http://voicepeace.org

Dalam keadaan seluruh dunia sedangan mengalami arus Globalisasi.  Boleh di katakana tiga wilayah selatan Thai juga   sedang mengalami Global-Islamization.

 

Tetapi kedua-dua arus tersebut jauh  berbezaan sama sekali.  Arus pertama   mendorong kepada kesivilisasi yang memusatkan ketamadunan barat. Bagi arus kedua mendorong ketamadunan timur tengah untuk memandu kehidupan dengan kebaikan seperti mana pada zaman nabi rasul (sallallah hualai hiwasallam) pembawa ayat-ayat tuhan kepada ummah sejagak.  Kami tidak akan  tafsirkan di sini yang manakah jalan yang betul.Tetapi apabila kedua-dua cara hidup tersebut telah melalui dalam hidup rakyat di tiga wilayah selatan Thai. Soalannya, kini  bagaimanakah kita akan mencari perantaraan dalam kebenaran ?

 Kami mengguna peluang ini untuk berkomunikasi dengan Yakub Raimanee Imam masjid Jamek  Pattani. Beliau sebagai pemimpin bagi pusat keagamaan di tiga wilayah selatan Thai.

Pengalaman selama lima tahun sebagai jawatan imam sekaligus sama dengan keadaan gawat di wilayah selatan Thai. 

 Aman:  Minta tanya terus terang apakah imam melihat bahawa    adakah benar agama adalah setengah daripada faktur dalam permasalahan di wilayah selatan Thai sekarang ?

 Imam: Agama tidak ada kaitan apa-apa langsung  dengan masalah keganasan. Jika kita semak kembali asal usul kejadian manusia di dunia ini adalah bahawa manusia asalnya dari  makluk yang sama. Allah berfirman dalam al-quran  bahawa manusia berketurunan dari “Adam dan Hawa”. Manunisa datang dari satu makluk yang sama . Kemudian menjadi manusia berbeza-beza dan berkelompok keturunan, warna kulit dan agama untuk berkenalan antara satu sama yang lain untuk bersama memajukan bumi ini.

.Oleh itu agama  tidak ada kaitan dengan masalah keganasan yang berlaku. Kita jangan memandang permasalahan yang berlaku di tiga wilayah dalam satu dimensi sahaja ia ada banyak dimensi jangan  memborong bahawa permasalahan berpunca daripada orang  yang berideologi atau kumpulan pemisah iaitu bagi orang yang ada ideologi  mereka tetap  atas pendiriannya.  

Jika kita perhatikan latar belakang sejarah tidak kira di mana-mana tempat, lebih-lebih lagi jika  berada di sempadan adalah sangat sensitif berkenaan garisan boder antara dua negara. Kita jangan memandang hanya  di tiga wilayah selatan Thai sahaja, bahkan bangsa Kareng, bahagian timur (Esan), bahagian utara, ataupun bukit Phrawihan sekalipun ada masalah bergantung kepada media  adakah mahu mengangkatkan masalah tersebut menjadi tajuk persolan atau tidak? . Berkebetolan di tiga wilayah selatan Thai 80% daripada penganutnya beragama Islam. Oleh demikian menjadi peluang bagi media   untuk melaporkan masalah ini dengan mengaitkan luar negara bahawa   muslim di mana-mana negara, kenapakah kebanyakan selalu ada masalah  tetapi sebenarnya tidak sebegitu.

 

Aman: Atau adakah kerana “kaedah Islam” tidak dapat mengimbangkan dengan globalisasi sekarang?  

 Imam: Dunia terlalu sivilais sehingga ketinggalan dari ajaran agama. Hakikatnya Islam dan kaedah barat sangat berbeza. Islam mementingkan dalam hal cara hidup menggunakan syariah berdasarkan Al-quran dan Al-hadhis sebagai pedoman dalam kehidupan seharian. Ini sudah ternyata bahawa mesti mendahului dengan kebaikan  tetapi dunia sekarang menepikan jaran agama dan moral  dengan memandu kepada kemahuan nafsu dan emosi buruk dalam  menjalankan  kehidupan seharian maka timbulah berbagai permasalahan.

Sekarang jika kita menyemak undang-undang atau perlembagaan mana-mana negara pun yang di tulis isi kadungan bagus tetapi hakikatnya dalam perlaksanaan tidak sedemikian. Ada sesiapakah yang hidup mematuhi disiplin? Jangan di katakan hanya di tiga wilayah selatan Thai sahaja, di Bangkok pun  berpecah kepada beberapa kumpulan, berapa warna baju. Apakah punca sebenarnya cuba kita sama –sama berfikir   kenapa jadi begitu?

 Aman: Tetapi hakikatnya apa yang  nyata terdapat penganut Islam pun mulai mengambil  tauladan dari barat dalam kehidupan seharian, maka dimanakah perseimbangan dalam kehidupan berdasarkan kaedah Islam? 

 Imam: Saya tidak mengatakan orang Islam  seratus peratus (100%) menjadi orang yang baik. Orang yang memegang teguh dengan ajaran Islam hanya beberapa peratus sahaja, saya kepercaya bahawa bagi orang yang berpegan teguh dengan ajaran agama tidak melakukan  perkara yang tak baik. Masalah  berlaku daripada mereka yang tidak berkefahaman agama, pihak berkuasa  harus menangani kumpulan tersebut.

 Aman: Mengikut sesetengah pendapat pemimpin kampung kata sepakat bahawa ajaran agama tidak dapat menyerapi sesetengah kumpulan remaja seperti kalangan penagih dadah atau peminat kepada fahamana lain dari Islam. Atau dalam kata lain generasi muda sekarang dengan generasi semasa tuan imam mungkin tidak sama, cara manakah kita mahu mendurungkan generasi tersebut kepada  ajaran agama?

 Imam: Saya memebri kepentingan utama kepada institusi keluarga, walau pun kecil kecil tetapi sangat berperanan. Oleh kerana jika hidup dalam keluarga harmoni, bermoral mulia dan selalu mengamalkan ajaran agama. Tentu sekali remaja    akan mengutamakan agama.

Tetapi kini, bagi tiga wilayah selatan Thai, kita mengakui bahawa ibu bapa tidak ada masa melayani anak, membiar anak-anak bersendirian. Iaitu ibu bapa kurang bertanggungjawab. Terdapat ramai remaja menagih dadah,  minium air daun ketung ada hanya di tiga wilayah sahaja. Ibu bapa sangat penting. Dadah adalah haram dalam ajaran Islam dan dianggap dadah  sebagi musuh  yang nyata. Tetapi ramai remaja   menagih dadah. Kita kena mula dari keluarga jika keluarga tidak baik  hasilnya seperti mana kita lihat sekatrang.

Kebanyakan remaja jika menjauhi dari ibu bapa mereka  akan mencari  kawan, jikalau  berkawan dengan kawan baik, baiklah tapi kebanyakan berkawan dengan kawan nakal maka menjerumuskan diri dalam kejahatan. Minum minuman keras,   berzina. Orang yang mabuk kebiasaan tidak dapat kontrol diri sendiri ini adalah tanda yang bahaya.  

 Aman: Mumkin mereka itu tidak  ada minat sebenar, agama pun mereka menolak, lalu melakukan perkara yang bercanggah dengan agama. Bagai manakah untuk membuka ‘pentas’ kepada mereka? 

 Imam: Belian hari ini dengan belia semasa saya sangat berbeza dengan cara berfikir.  Remaja sekarang berani melakukan apa yang dilarang oleh agama. Mulai melakukan sekali kesilapan maka terus mengulangi lagi lau sukar untuk menarik kembali. Jikalau tidak ada asas agama maka amat sukar. Tetapi pada masa dulu amat berbeza kerana mereka ada juga asas agama. Setiap keluarga menuntut ilmu dan belajar agama.  Oleh itu jika ada masalah mereka dapat kembali kepada agama. Tetapi berbeza dengan remaja sekarang kerana mereka tidak ada asas  agama. Ia bermula dari ibu bapa, jika ingin menarik balik mereka perlu mengguna masa.

  Perkara yang saya buat di masjid jamek Pattani, melantikan kumpulan dakwah dari kalangan remaja lebih kurang 20-30 orang untuk mengziarahi rumah  tangga ketangga untuk mengumpul maklumat bahawa keluarga mana yang ada remaja terlibat dengan penagihan dadah atau ada masalah. Kemudian akan dijemput datang masjid untuk belia memberi nasihat sesama mereka.   Kita sebagai pemimpin harus merendahkan diri.

Orang ramai menganggap bahawa jawatan imam amat tinggi tidak patut turun bekerja merendahkan diri. Tetapi bagi saya..tidak.., saya turun bergaul, berbual dengan mereka perkara ini dapat membantu mereka.  Saya berpendapat seperti projek yang dijalankan oleh  kerajaan  pun baik seumpama projak “Jalanan Baru” dan sebagainya tapi   ibu dan bapa lah yang utama dan tidak dapat menolak tanggungjawab ini.

 Aman: Menjauhkan diri dari agama bagi remaja  adakah ada kaitan dengan  resiko  keganasan sekarang?

 Imam: Ya ada hubungan...banyak sekali. Kadang kala  remaja menagih dadah, apapila tak dapat menghisapnya membawa kepada  ambil upah melaku segala jenayah. Tanpa takut akan dosa dan pahla. Sesetengah remaja berkefahaman bahawa membunuh yang bukan Islam dapat pahala. Sebenarnya setiap nyawa ada harga. Tidak ada mana-mana nyawa yang tak kasih kepada  nyawanya walau binatang durjana sekalipun sayang kepada nyawa apabila mereka tidak tahu boleh melakukan apa sahaja.

 Aman: Nampaknya menyalahilah dengan sesetengah laporan  yang mengatakan kejadian yang berlaku adalah menuntut untuk mengembalikan syariah Islam dan ada sesetengah menuju kepada “negara Islam” tetapi   gambaran efek adalah songsang dan jauh   dari ajaran Islam,  apakah hakikatnya?

 Imam: Saya selalu memberi tahu bahawa masalah selatan harus kita  melihat  kepada beberapa sudut. Masalah orang yang ada ideologi tetap ada. Ideologi akan terus ditunjuk jika tidak mendapat keadilan, di tindas jika kerajaan tidak memberi layanan yang baik mereka akan keluar tuntut bela ini kumpulan yang ada ideologi. Jikalau kerajaan tidak menimbulkan syarat-syarat yang boleh membawa kepada kezaliman kumpulan akan berenti. Masalah penagih  dadah  harus di pisahkan daripada masalah  tersebut. Masalah dadah,pengedar dadah terdapat pegawai kerajaan sendiri yang mengedar. Oleh itu, masalah  keganasan pada hari ini mungkin berlaku daripada pengedar dadah pun boleh jadi. Ada letupan Bom di sana di sini supaya memesung perhatian pegawai pun boleh jadi untuk menyenangka pengedaran daun-daun ketung. Sebenarnya daun-daun Ketung bukan tanaman ekonomi di 3 wilayah selatan, bahkan tidak dikenali oleh masyarakat di sini. Soalannya bagaimanakah daun Ketung boleh datang sampai ke wilayah selatan, semua tahu bahawa temapat tanamnya di wilayah Terang, Surathani, Legor dan Phatalung maka sebagai persoalannya   kenapa daun Ketung dapat  lepas daripada mata-mata pegawai yang memeriksa di cekpoin-cekpoin jalan raya?

 Aman: Dalam keadaan sebegini pemimpin-pemimpin agama mungkin ada banyak resiko,  bolehkah tuan imam nasihat kepada pihak yang  berperanan dalam menyelesaikan masalah ini

 Imam: Saya agak bernasib baik kerana bertanggung jawab di masjid   Jamek Pattani.  Kerana setiap hari Sabtu kita ada program mengajar agama lebih kurang 700-800 orang seminggu maka dapatlah  menyampai nasihat dalam hal itu mereka itu juga sudah menjadi  suara dalam menyebarkan nasihat itu dan  ajaran agama.  

Di masjid Jamek saya menubuh pusat “Adilan center” untuk rawatan jiwa dan menerima rayuan daripada rakyat apabila mereka ada masalah.   Kerana orang kampung  takut  untuk pergi merayu dengan pegawai kerajaan.  Bukan hanya penduduk dari Pattani sahaja ada yang datang dari Yala, Sebayoi, Pecah Irong ada setiap bulan. Sekurang-kurangnya jika mereka datang kita boleh membina kefahaman kepada mereka. Kadang-kadang pegawai  menangkap remaja berminggu-minggu lamanya dengan tidak memberi tahu kepada ibu bapa. Kenapa pegawai kerajaan tidak lapor kepada ibu bapa apabila mereka mencari terdapat anak-anak mereka dalam tahanan kem tentera, ada di situ di sini. Tindakan pegawai pun tidak betul kerana   mengikut dasar peri kemanusian pegawai kerajaan mesti memberi tahu kepada ibu bapa terlebih dahulu bahawa di mana  menahan anak-anak mereka atau remaja terbabit. Kerajaan harus menunjuk kejujuran yang nyata dalam  tindakan tersebut kepada rakyat.

 Saya dibandingkan seperti pintu masuk pertama. Sudah 4 tahun berlalu semua itu berkhidmat  dengan ikhlas tanpa melihat kepada bajet, saya beranggap menolong atas nama peri kemanusian. Ada sesetengah daripada mereka yang saya membantu ada juga dibebaskan, sesetengah yang melaku jenayah harus menjalankan hukuman. Kalau mereka dibebas dengan baik bukan dengan cara ganas mereka akan merasai senang hati tanpa ada perasaan dendam ini satu imej yang baik.  

 Aman: Sudah empat tahun  berbuat demikian apakah natijahnya?

 Imam: Baik, sekurang-kurangnya pegawai kerajaan dapat faham bahawa bagaimana kehidupan orang Islam. Kes terakhir  berkenaan dengan tuduhan  ada kaitan dengan kumpulan pemisah. Selepas berunding akhirnya dibebaskan. 

 

Aman: Dan bagaimanakah perasaan rakyat?

Imam: Kebanyakan kes yang datang mereka faham. Saya tidak mengguna ofis untuk  membina kefahaman tapi saya gunakan kedai makanan, kedai kopi dan lain-lain. Bercakap seperti orang kampung biasa. Sambil makan kita  bercakap. Dapatlah saya memberi kefahaman tentang pendirian seorang Islam berkenaan sifat dendam. Tuhan akan mebalas orang –orang yang melakukan kejahatan.   

 Islam ada satu perbezaan dengan agama-agama lain iaitu Islam menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara sahaja bagi manusia. Mereka wajib melalui lagi dua dunia yang  kita akan tempuhi. Manusia berusia 60-80 tahun semua akan berjumpa dengan alam akhirat yang kekal abadi. Oleh itu,    kita harus melakukan kebaikan dan  memaafkan sebanyak mungkin nescaya kita akan dapat kebaikan dari tuhan itulah kemuncak kehidupan kita orang Islam.

 Aman: Bagaimanakah pemimpin agama akan bekerjasama dengan pimpinan lain?

Imam: Masyarakat mana-mana pun  kalau pemimpin setiap bidan dapat berganding bahu dan bertukus lumus dalam segala urusan nescaya akan timbul keamanan sebaliknya  kalau tidak sebegitu maka jauhlah dari keamanan.

 Aman:  Tuan imam ingin berpasan apa kepada pihak kerajaan?

Imam: Pendapat saya, tidak kira sesiapa yang menjadi pemerintah mereka  bertanggungjawab. Tetapi saya berharap mana-mana kerajaan pun mesti tahu masalah sebenarnya bukan semata-mata dengar laporan dari bawahan, menerima telefon di bilik air condition sahaja. Kerana saya percaya tidak ada pegawai bawahan mana yang melapor negatif, pemimpin berkenaan mesti mendengar masalah dari mulut rakyat awam sendiri. Bukan datang hanya untuk  bergambar dan pulang. Masalah tiga wilayah selatan Thai mesti di selesai dengan ikhlas dari kerajaan seperti mana kemuncak setratigi yang selalu diguna oleh kerajaan iaitu “memahami mendekati dan  membina” tapi sekarang sejauh manakah kerajaan memahami rakyat di tiga wilayah selatan.