Skip to main content

Kumpulan Suara Pattani
http://voicepeace.org

Selepas dua bulan menerima jawatan sebagai Gabenor wilayah Yala, Krisda Boonrach  terusmenjalankan  polisi dan cara kerja kepada badan kerajaan di daerah Betong dengan  ‘hukum pakat’. Komuniti mengguna undang-undang berkumpulan  menyelamatkan diri dari dadah dan gerakan bawah tanah dengan menggunakan tiga polisi utama iaitu membina keadilan-memaju taraf hidup-membasmi masalah dadah. Betong akan terus maju selepas PM Aphisit berjanji membina jambatan  di Empangan Banglang supaya memendekan perjalanan  di jalan 410 Kabinet telah meluluskan bajet  membina lapangan terbang Betong pada tahun 2010.   

En.Krisda memberi tahu pemberi pada bulan lepas bahawa Gabenor wilayah Yala  dalam satu majlis di pejabat daerah Betong wilayah Yala untuk menyampaikan polisi dan cara-cara pelaksanaan urusan kerajaan kepada pegawai-pegawai kerjaan, organaisasi pentadbiran Mukim, Tok Pegawa (Kamnan) ,  Tok Pengulu (neban) dan lain-lain organisasi setelah sebulan  lebih menerima jawatan tersebut.  

Krisada  berkata selepas menerima jawatan sebagai gabenor wilayah Yala sebulan lebih dan beliau mengemukakan soalan  kepada rakyat apakah yang mereka mahu  gabenor lakukan?  Untuk dapat buat kesimpulan  dalam melaksanakan bekerja.  Serta rang polisi supaya mengeluarkan dasar kepada semua badan kerajaan yang berkenaan untuk melaksanakannya.  Beliau ingin menyerahkan polisi ini kepada penduduk Betong. Polisi  yang dianggap penting baginya  ialah tiga perkara pokok iaitu 1. Membina keadilan kepada rakyat Yala oleh kerana terdapat berita angin  dari mulut kemulut bahawa   rakyat di selatan Thai tidak mendapat kedilan oleh itu  berlaku pembunuhan, memotong pokok-pokok kayu menyekat jalan raya membakar sekolah. Dengan sebab itu beliau ingin memberikan keadilan  kepada semua rakyat.

2.Mengangkat taraf  kehidupan  sebab ramai dari kalangan pelajar yang mengambil peperiksaan masuk ke universiti   dapat nombor 74-75 yang mana  kedudukan itu sangat rendah jikalau dibandingkan dengan peringkat Negara ini  bermakna mutu pelajaran di sini lebih rendah dari tempat lain. Kita mesti beri jaminan yang baik kepada belia semua sebab pada hari ini ramai dari kalangan belia yang telah di ambil oleh pegawai  untuk disoal siasat dan terdapat bahawa belia –belia ini tidak berpelajaran dan ramai ibu bapanya telah di bunuh dalam keganasan. Termasuk juga mereka yang tidak berupaya.

3. Mesti selesaikan masalah dadah sebab terdapat pelbagai jenis ubat penagih yang ada di Betong seperti daun ketum, ubat –E, ubat –ice dan ubat menambahkan berahi seks.

“Dua tiga hari lepas saya berpeluang mengikuti latihan Suka rela (Or So)   sebanyak 379 kampung. Saya tanya mereka bahawa siapakah yang tidak pernah menghisap ganja, 4 x 100. Saya dapat tidak kurang dari 20 kampung yang tidak menghisapnya. Ini ternyata ia sangat merbahaya yang  harus kita menghapuskannya”. Gabenor Yala berkata.

Krisda menambahkan lagi bahawa ada sekumpulan remaja mencabut skru tiang api hingga membawa black out dan   bandar Yala berada dalam kegelapan . Apabila di tagkap belia-belia itu kami  diketahui  bahawa mereka telah di upah sebanyak 50 Baht seorang untuk di beli ubat  memabuk. Lalu itu kita yakin bahawa masalah di selatan Thai ini bukan hanya sekadar masalah dengan pemisah tetapi ia juga bersangkut dengan ubat-ubat mabuk yang juga berkaitan dengan masalah kurang pendidikan. Oleh itu kita mesti menyelesaikan masalah ini semua.

Gabenor Yala menjelaskan hal membina keadilan bahawa sebelum ini   ada beberapa orang imam, Tok neban dan pegawai pentadbiran tempatan (Or Bor Tor)  telah mendakwa bahawa pegawai kerajaan telah menangkap mereka dan memeriksa atas  tuduhan suspek ada hubungan sulit dengan kumpulan gerakan pemisahan. Perbuatan dimikian   tidak memberi kehormatan kepada mereka kerana setelah mereka di tahan selama 10- 20 hari untuk di soal siasat apabila mereka di bebas mereka akan malu  oleh kerena orang-orang kampong akan berfifkir bahawa pemimpin mereka telah melakukan kesalahan. Dengan sebab itu, beliau telah memberi tahu kepada pegawai yang bahawa jika mahu mengundang mengawal sesiapa atau mengepung rumah hendaklah pegawai pergi berjumpa dengan Nai Amphor terlebih dahulu untuk mereka dapat berunding dengan pemimpin atau membawa pemimpin bersama ketika melakukan operasi.

“Pihak kita mesti menghormati pemimpin tempatan dan pemimpin agama. Jikalau mereka  melaku kesalahan yang nyata di depan mata boleh   tangkap mereka . Tetapi terdapat nama-nama yang berkaitan dengan gerakan pemisah hendaklah memberi kuasa kepada Ketua Jabatan Daerah(Nai Ampor) membuat keputusan”. Krisda menjelaskan dan terus berkata.

“Ada pengaduan bahawa tentera  masuk datang melahir masalah    seperti   ada hubungan sulit  dengan  perempuan atau  menyembunyikan diri dalam kebun getah melahirkan ketakutan   kepada orang kampong tidak berani keluar untuk menorah getah dan bekerja. Saya ingin memberi penjelasan bahawa sebab keadan Negara tidak seperti biasa oleh itu tentera dan polis  mesti tinggal bersama rakyat dalam kawasan. Jika suasana kampong halaman setabil polis dan tentera tidak akan dating dan tinggal disini. Oleh     itu jikalau   tidak mahu tentera dan polis datang atau tinggal di sini kekempat bahagian ketua seperti pemimpin tenpatan, Or Bo To, pemimpin  agama dan  pemimpin semulajadi mesti mengadakan peraturan sendiri seperti peraturan yang mengawal orang luar yang masuk melahirkan masalah dalam tempatan. Jika penduduk kampong   berbalah bantah imam  membuat keputusan sendiri. Bagi penagih dadah  harus menarik mereka menyertai kursus agama dan

pemulihan. Termasuk juga giliran mengawal keselamatan tempatan . Jika hal itu dapat kawal di jaga sendiri   tentera dan polis  tidak akan ikut campur tangan. Kampong mana sudah kuat hendaklah memberi kepada Ketua Jabatan Daerah dan Ketua Jabatan Daerah memberi tahu saya akan mencabutkan polis dan tentera keluar dari kawasan itu. Peraturan seperti ini dinamakan ‘Hukum Pakat’ Iaitu membina peraturan atau disipilin bersama  untuk menyelamatkan masyarakat tempatan samada dari masalah keganasan dan masalah dadah”. 

Gabenor Yala  member  penekanan bahawa jikalau inging melihat suasana kampong halaman aman sentosa penduduk kampong mesti bekerjasama menjaga keamanan. Jikalau ada perkara yang tidak dapat mengawal sepeti ada kumpuklan bersenjata masuk kampong   hendaklah memberi tahu kepada ketua Pejabat Jajajahan dan minta pihak tentera  mengambil tindakan. Jika terdapat sesiapa yang dituduh dengan kumpulan pemisah serta yakin bahawa kena fitnah  dan pihak pegawai memeriksa rumah pun di minta beri tahu kepada Ketua Pejabat Jajahan. Atau sesiapa yang melakukan kesalahan kecil dan melarikan diri  ke  Malaysia juga hendaklah memberi tahu kepada Ketua Pejabat jajahan dan Ketua Pejabat jajahan  akan memberi tahu kepada gabenor. Beliau akan mengeluarkan satu surat jaminan dan tidak membenarkan tentera dan polis menganggu   untuk menarik balik mereka tersebut”. 

“ Menebang pokok-pokok kayu, menabur paku di minta kepada  neban, kamnan dan penolongnya bersama membersihnya jangan biarkan kenderaan lalu lintas tertenggala.   Atau jikalau ada bom dalam kampong jangan takut jangan lari bantulah  orang-orang sakit  bawa ke hospital kerana semasa askar datang soal siat tidak ada di  kampong maka akan disyaki oleh tentera bahawa  ada kaitan dengan pemisah. Kerana ada  beberapa ketika ada kejadian dalam kampong  lari dari kampong hingga dapat di tangkap di wilayah lain padahal mereka tidak bersalah oleh itu mereka disyaki bahawa mereka ada hubungan sulit dengan gerakan kerana lari dari kampong. Setengahnya telah ditangkap di kawasan wilayah lain dan ditangkap” Ujar En.Krisada.   

Gabenor Yala  mengakhiri perkataan bahawa bagi pentadbiran bahagian tempatan sperti Or Bo To janganlan berselisih fahaman usaha bersua muka antara satu sama lain.Selesai pilihan selesailah .    Bagai mana mencari suara ikutlah, jangan tinggalkan rakyat. Terdapat banyak kawasan timbul masalah conflik kerana politik hingga ada  bunuh membunuh dan kaitkan perkara tersebut dengan  kejadian tidak aman di selatan Thai. Apabila siatan secara mendalami  ternyata berpunca dari masalah politik tempatan. Perkara tersebut sangat sukar  kepada pembangunan tempatan. Jajahan Betong akan akan lebih maju dari sekarang. Penduduk Betong semua mesti bergembira  kerana dalam pertemuan dengan bahagian swasta di Hadyai baru-baru ini Perdana Menteri Aphisit Vejjajiva berjanji    akan menjalankan projek membina jambatan langkah empangan Banglang dan jalan raya 410 selesai di bina secepat mungkin  kerana  ia dapat

 menjimatkan  lebih dari 20 kilometer termasuk

juga projek membina lapangan terbang Betong yang telah di setujui oleh cabinet dengan  bajet tahunan 2553 dan projeknya boleh dimulakan dalam masa yang tidak lama lagi”.

En.Dondej Phattanaratna, Ketua Pejabat Daerah Betong  berkata bahawa daerah Betong ada jalan keluar masuk hanya satu jalan sahaja iaitu jalan 410 yang mempunyai jaraknya 140 KM. Oleh itu jika  selesai membinakan jalan melangkah empangan Banglan ia  dapat memendekan masa perjalanan  lebih banyak. Termasuk juga projek membina lapangan terbang Betong dapat meningkatkan ekonomi Betong. Tambahan wartawan   bahawa Jajahan  Betong ialah Jajahan yang terletak di hujung sekali di Thailand.  Kebanyakan geografinya  bukit bukau. Mempumyai penduduk sebanyak 60,000 orang serta   pekerja buruh   sebanyak 20,000 orang. Terdapat 51  peratus   Muslim, 47 peratus   Budha dan 2 peratus lagi ialah Kristian dan Hindu. Rakyat hidup berbilangan bangsa   seperti Melayu, Thai dan China. Betong terkenal dengan   kepelbagaian keturunan. Mejoriti rakyat  berkebun getah, buah-buahan dan hospitaliti. Betong juga  bersempadan dengan Keroh, Perak Malaysia yang

baru sahaja  menyambung masa memanjangkan operasi  sempadan dari jam 06.00 petang sampai 10.00 malam supaya menggalakkan perdagangan sempadan lebih aktif.