Banyak negara bangsa di dunia telah hilang di muka bumi ini. Kehilangan bangsa-bangsa tersebut berpunca apabila bangsa asing menceroboh dan menjajah negara bangsa mereka. Dengan secara halus dasar penjajah ”pacah dan perintah” berkuatkuasa ke atas bangsa yang lemah itu, kesannya bangsa itu telah sedikit demi sedikit identiti anak bangsa tersebut beransur hilang terutama bahasa dan kebudayaan bangsa mereka. Sikap tidak bertanggungjawab anak bangsa terhadap diri sediri, keluarga dan masyarakat telah turut terhakis. Hakikatnya sikap demian menzalimi diri sendiri dengan angkuh berbicara/bercakap bahasa penjajah mengabaikan bahasa ibunda sendiri.
Kepada anak bangsaku, bercakap/bertuturlah bahasa Melayu Patani kerana bahasa Melayu Patani adalah bahasa ibunda kita. Bercakaplah sesama kita dalam bahasa sendiri selaras dengan budaya bangsa dan anutan agama kita (Islam) yang suci. Sebelum membuat komen, ingatlah kepada datuk, nenek dan ibu bapa kita bangsa Melayu, maknanya kita adalah bangsa Melayu Islam Patani.
Bukan bermakna bercakap bahasa penjajah itu salah tapi bercakaplah kepada orang Siam menandakan kita hormat atas kepelbagaian bahasa inbunda mereka bagus. Bercakap Siam kepada orang Melayu melambangkan keegoan yang sesat ibarat ”kacang lupa akan kulitnya”, tidak bagus kerana kebenaran dan keadilan itu diletak dan digunakan kepada tempatnya.