Skip to main content
Konflik di PATANI - Selatan Thailand masih berterusan, suhu Politik kembali memanas, sukar untuk melihat bagaimana inisiatif itu akan mengubah pandangan kerajaan junta Thailand. Dua tentera Thai terbunuh, dan 20 yang lain cedera akibat serangan bom dari kumpulan pemberontak di selatan negara itu pada hari Khamis (14/09/2017).
Serangan ini berlaku semasa junta Thailand mengadakan perbincangan dengan kumpulan MARA (Majlis Amanah Rakyat) Patani di Kuala Lumpur pada 12 September lepas, MARA selalu mengaku kelompaknya mewakili pemberontak yang ingin mendirikan 'zon keselamatan' di selatan. "Zon keselamatan" adalah satu bentuk gencatan senjata terhad dalam konflik yang telah bergulir sejak tahun 2004.
Bagaimanapun, penganalisis mengatakan kelompak utama dengan arahan dan kawalan pemberontak tidak ada dalam perbincangan dengan pemimpin ketenteraan Thai dalam MARA Patani. (lihat: http://deepsouthwatch.org/ms/node/10827).
Sekali lagi bom meletup di tapak pembinaan jalan di kawasan Pattani di Saiburi pada hari Jumaat (22/09). Ledakan membunuh enam askar dan mencederakan lain lagi. Insiden ini mengikuti insiden serupa di pinggir Yaha, bandar Yala minggu sebelumnya (14/09). Pada masa itu, dua tentera terbunuh dan 20 lagi cedera.
Berlakunya bom membunuh enam tentera Thailand di daerah Saiburi itu, berita local berkata setelah didapati kerajaan Siam-Thailand dan MARA yang akan bersetuju menentukan berhubung pelaksanaan zon selamat di daerah Saiburi wilayah Pattani.
PATANI di Thailand Selatan dengan pendudukan majoriti etnik Melayu bersebelahan dengan Malaysia telah lama digegarkan oleh keganasan dan pemberontakan. Lebih daripada satu dekad pemberontak berperang melawan kerajaan Siam-Thailand (baca: penjajah).
Sebuah wawancara khas untuk BBC Thai bersama Angkatan Bersenjata Revolusi Nasional - BRN (Lihat di: http://www.bbc.com/thai/thailand-41434654?ocid=socialflow_facebook) yang merupakan gerakan berpengaruh dalam konflik berdarah selama 13 tahun di Thailand Selatan, berkata;
Kerusuhan di Patani disebabkan oleh konflik politik, bukan kerana konflik ekonomi atau pengganas. Jika anda (Kerajaan Siam-Thailand) ingin menyelesaikan masalah politik, anda mesti melakukan politik. "Kata jurucakap BRN.
"Ia kerajaan Siam-Thailand berusaha menghantar pasukan dan senjata ke wilayah Patani selama 13 tahun, tetapi juga ia (kerajaan Thailand) tidak boleh penyelesaian masalah yang berlaku, kita perlu berkomunikasi melalui proses rundinagn. Jika kerajaan Siam-Thailand masih berusaha pendekatan dengan strategi kuasa tentera, konflik ini tidak berakhir di sana".
Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, kerajaan telah membelanjakan ratusan bilion baht termasuk belanjawan ketenteraan. Pembangunan ekonomi dan pendidikan ke kawasan. Tetapi rusuhan tetap kekal. Lebih daripada 6,800 orang terbunuh dalam siri konflik berpanjangan.
Rungrawee berpendapat bahawa sebenarnya cadangan awal keperluan BRN untuk pemerhati asing untuk perundingan damai merupakan bahagian penting dalam membantu kejayaan menangani konflik yang berterusan. (Lihat di: http://deepsouthwatch.org/ms/node/10541).
"Apa yang ada pada masa ini adalah stasis yang menyakitkan yang telah berlaku selama bertahun-tahun. Berbicara damai juga tidak boleh berjalan, demikian juga kerajaan tidak berjaya ditekan dengan guna ketenteraan", ujar lanjut Rungrawee, calon PhD di Australian National University Coral Bell Sekolah Urusan Asia Pasifik, sebagai penganalisis bagi Kumpulan Krisis Antarabangsa.
Tambah jurucakap BRN, rundingan dengan kumpulan MARA Patani, BRN tidak terlibat, ia hanya "kosmetik" atau "kulit".
"Kerajaan Thailand tahu bahawa perundingan tersebut bukan berunding dengan wakil yang tepat dan benar, namun rundingan hanya digunakan sebagaikan topeng untuk mengatakan bahawa ia (kerajaan Siam-Thailand) ingin melihat kedamaian ..." komen pemerhati penganalisis Anthony Davis dari Kumpulan IHS-Jane dari Thailand bercakap dengan BBC Thailand.
Wilayah Selatan ini telah menyaksikan pertembungan bisu lebih dari satu dekad antara tentera Thai dan Front Pembebasan Patani. Bunyi bom dan tembakan menjadi kenyataan sehari-hari bagi orang awam di kawasan yang sangat ketat dijaga oleh tentera dan polis.
Sebelum dirampas pada 1909 silam, tiga wilayah paling selatan Thailand seperti Pattani, Yala, dan Narathiwat dan sebahgian daerah Songkla merupakan sebahagian daripada kesultanan Melayu PATANI yang bebas.