Skip to main content

 

Ketika situasi politik di Thailand semakin genting, pihak administrasi Universiti Prince of Songkla, sebuah universiti kerajaan (IPTA) telah mengeluarkan pengumuman supaya mebatalkan kelas sejak 4 Disember 2013 hingga 10 Disember untuk 'mengadakan politik demi meningkatkan kefahaman'. 

 

Pengumuman ini tidak wajar sama sekali, pertama kerana lebih mengutamakan politik berbanding dengan pendidikan, dan kedua, dalam proses pembuatan keputusan kebanyakan tenaga akademik serta pelajar tidak diberikan kesempatan untuk menyatakan pendirian masing-masing. 

Dengan demikian, sebahagian daripada para pensyarah di Universiti Prince of Songkla, Kampus Patani yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut telah pun membuat penyataan untuk membantah pengumuman pihak pentadbir universiti seperti berikut. 

*****************************************************

Pengumuman

Pandangan Tenaga Akademik terhadap Pembatalan Kuliah oleh Universiti Prince of Songkla 

Menurut pengumuman oleh Universiti Prince of Songkla, pihak universiti tersebut membatalkan kuliah 4 hingga 10 hari bulan Disember 2013 atas sebab keadaaan genting di ibu kota Bangkok yang semakin menghampiri krisis. Kami ingin mengemukan pandangan kami terhadap tindakan berkenaan. 

1. Kami percaya bahawa pendidikan merupakan asas untuk membina kedamaian hakiki yang berkekalan. Menurut pengalaman kami selama ini bertugas di kawasan konflik yang mengorbankan sekian banyak nyawa manusia, kami menyedari bahawa pendidikan berdasarkan kebebasan berfikir merupakan asas bagi penyelesaian masalah konflik yang rasional dengan cara damai dalam sebuah masyarakat majmuk.

2. Kami percaya bahawa sebuah universiti harus menyediakan ruangan yang neutral. Universiti ini berpegang kepada prinsip “Ketepikan kepentingan peribadi. Utamakan kepentingan kemanusiaan”. Kesedaran politik sangat diperlukan dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi, kerana di bawah sistem tersebut setiap anggota masyarakat harus berperanan masing-masing. Dengan demikian, institusi pengajian harus kekal sebagai institusi yang neutral dalam erti kata yang sebenar supaya semua pihak dapat menyatakan pendirian dengan bebas, tidak kira bangsa dan agama, dan pandangan politik yang berlainan (daripada pihak pentadbir universiti).

3. Kami percaya bahawa sebarang penyataan berkenaan dengan isu politik yang dikeluarkan atas nama sesebuah universiti harus dihasilkan dan diakui oleh semua pihak yang menganggotai universiti berkenaan, supaya proses ini menjadi peluang pembelajaran serta usaha untuk mencari penyelesaian konflik dalam masyarakat.

4. Kami percaya bahawa universiti harus menyedari kepentingan hak dan kebebasan dalam berkomunikasi serta kebebasan bersuara. Universiti juga harus menghormati pandangan daripada pelbagai pihak untuk menjadikan universiti sebagai ruangan yang selamat (safety zone) untuk semua pihak.

Kami meminta sebagai alternatif supaya kami diberikan kebebasan untuk menjalankan kuliah seperti biasa, dan pelajar pula diberikan kebebasan untuk memilih sama ada memasuki kuliah atau tidak dalam jangka masa yang diisytiharkan oleh pihak universiti (4-10 Disember 2013). 

Dengan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan kedamaian.

Senarai nama pensyarah Universiti Prince of Songkla yang menandatangan pengumuman ini. 
(Aturan menurut konsonan Thai) 

Asst. Prof. Dr. Kusuma Kooyai Fakulti Pengajian Komunikasi 
Naphak Serirat Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial 
Putthapon Mongkholworawan Fakulti Kemanusiaan dan Sains Social 
Asst. Prof. Dr. Walakkamol Changkamol Fakulti Pengajian Komunikasi 
Nuengkamol Phiphitthaphan Fakulti Sains Politik 
Asst. Prof. Dr. Srisompob Jitpiromsri Fakulti Sains Politik
Surawut Chomaithong Fakulti Sains Politik 
Samatcha Nilaphatama Fakulti Pengajian Komunikasi 
Anticha Sangchai Fakulti Kemanusiaan dan Sains Social
Ekkarin Tuansiri Fakulti Sains Politk

Hara Shintaro Fakulti Kemanusiaan dan Sians Sosial