Skip to main content

Orang Melayu Patani yang buta jati diri, buta sejarah dan buta kebenaran sudah menjadi pak/mak turut (atau jika gunakan istilah yang lebih kasar, tali barut) kumpulan ornag Siam yang anti-demokrasi. Golongan ini terdiri daripada mereka yang diuntungkan oleh struktur kekuasaan lama yang cuba mengekalkan lapisan masyarakat atasan dan bawahan. Sebenarnya merekalah yang menjadi teras bagi golongan yang dipanggil sebagai penjajah Siam. 

Perlu diingatkan bahawa masyarakat Siam modern ini ada ramai yang berfikiran terbuka, progresif dan liberal. Mereka sudah mengaku adanya bangsa Melayu di Bumi Patani, dan menghormati jati diri serta budaya Melayu. 

Walau bagaimanapun, golongan anti-demokrasi, atau penjajah Siam ini sebagai masyarakat atasan tidak mengaku hakikat yang sangat nyata, iaitu semua manusia adalah sama rata. Bagi mereka, prinsip demokrasi yang nilai satu undi sama dengan undi-undi lain, tidak kira undi itu dibunag oleh orang kaya atau miskin, orang berkuasa atau tidak berkuasa, orang berpendidikan tinggi atau rendah. 

Daripada sikap mereka yang seangkuh-angkuhnya ini, jelaslah bahawa mereka ialah penindas bangsa Melayu di Patnai. Sehingga kini, mereka tidak memanggil bangsa Melayu sebagai bangsa Melayu, tetapi berpegang kepada istilah 'Thai Muslim', sebuah istilah yang diciptakan oleh pemerintah penjajah untuk mengasimilasikan bangsa Melayu kepada masyarakat Siam. 

Orang Melayu Patani yang sudah lupa daratan telah menjadi penyokong kuat bagi anti-demorkasi ini, kerana mereka sudah berjaya mengasimilasikan diri dengan bangsa Siam. 

Wujudnya golongan sedemikian, iaitu golongan yang sudi mengabdikan diri kepada penindas bangsa sendiri memang terdapat dalam sejarah penjajahan Tanah Melayu, ketika Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris atau Jepun. Kehadiran golongan sedemikian yang sudah melupakan sejarah bangsanya sendiri (tetapi menelan sejarah versi orang lain bulat-bulat), atau tidak menghiraukan bangsanya sendiri semata-mata bagi keselasaan dan kepentingan sendiri menunjukkan bahawa Patani masih berada dalam bentuk pentadbiran yang ternyata bersifat penjajahan. 

Perjuangan untuk menegakkan keadilan serta kedamaian harus disambungkan. Dalam meneruskan perjuangan yang murni ini, perpaduan umat Melayu amat perlu. Walau bagaimanapun, kelicikan strategi golongan anti-demokrasi/penjajah ini sudah berjaya memecahbelahkan bangsa Melayu. Melayu yang sudah mindanya disiamkan ini pula percaya bahawa merekalah pembela nasib bangsa Melayu. Yang mana yang betul, masa akan buktikan. 

Penulis ingin sekali menegaskan bahawa orang Melayu Patani memang berhak untuk menuntuk hak ketuanan mereka serta keadilan yang sejati berdasarkan undang-undang antarabangsa. Tetapi untuk menjalankan perjuangan yang murni ini, orang Melayu Patnai juga harus berpegang kepada jati diri, dan teras jati diri bangsa Melayu ialah bahasa Melayu. Dengan itu, pngasimilasian diri kepada kuasa penjajah merupakan halangan yang besar dalam perjuangan ini. Sedarlah wahai anak-anak Melayu Patani daripada mimpi yang tidak akan membawa kalian ke mana-mana.