Skip to main content

 

Pattani, 3 Mei-Pada 2 Mei 2014, ahli keluarga Saudara Hasan Useng mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Wilayah Patani untuk memprotes penahanannya kerana didapati pegawai keselamatan menyiksa Saudara Hasan ketika berada dalam tahanan mengikut peruntukan undang-undang istimewa di Kem Ingkhayutthaborihan (kem tentera darat), Wilayah Patani. Keluarganya menegaskan bahawa Saudara Hasan ditahan dan diseksa oleh pegawai kerajaan di kem berkenaan untuk memaksa beliau mengaku ada kaitannya dengan baju seragam askar yang ditemui dirumahnya.

Pada jam 5.30, tanggal13 April 2014 para pegawai keselamatan dari pihak kerajaan mengelilingi dan menutupi laluan ke Kampung Yaba, Daerah Rueso, Wilayah Narathiwat. Ppara pegawai tersebut memeriksa rumah kediaman Saudara Hasan sebanyak tiga kali sekali gus menangkap gambar-gambar dalam rumah. Dalam operasi berkenaan, tiada pegawai pemerintah yang memberitahu alasan untuk berbuat demikian, atau menunjukkan waran rasmi yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Setelah pemeriksaan rumah, para pegawai pula menahan Saudara Hasan Useng dan membawanya ke Unit Khas Tentera 30 di Mukim Rueso di Daearah Rueso, Wilayah Narathiwat, kemudian pada jam 6.30 pagi beliau dipindahkan ke Kem Ingkhautthaborihan. Ahli keluarganya melaporkan bahawa, Saudara Hasan diseksa secara fisikal oleh pegawai keselamatan, kerana ketika menziarahi Saudara Hasan, ahli keluarganya memerhatikan luka-luka di kakinya, mukanya yang pucat serta cara berjalan beliau yang seolah-olah menahan kesakitan. Di samping itu Saudara Hasan juga membisikkan kepada ahli keluarganya bahawa beliau benar-benar diseksa oleh pegawai kerajaan (askar). Cara-cara penyeksaan yang dilakukan ialah seperti berikut: disuruh menjalankan push-up sebanyak 300 kali, telinganya dipicit dengan kasar, disuruh berdiri kaki ayam di tengah-tengah terik matahari untuk wktu yang lama, disuruh melompat-lompat dengan kaki ayam di atas permukaan jalan yang panas sehingga tapak kakinya melecur dan bengkak. Ahli keluarganya juga melaporkan bahawa Saudara Hasan tidak diberikan.

Setelah menerima rayuan daripada ahli keluarga Saudara Hasan, Mahkamah Wilayah Pattani mengeluarkan perintah untuk mengadakan soal siasat pihak yang berkenaan dengan membawa Saudara Hasan ke mahkamah, tetapi tarikh untuk soal siasat berkenaan belum lagi ditetapkan.

Catatan: Laponran ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak Pusat Peguam Muslim Thailand (MAC).