Skip to main content

Abdulloh Wanahmad; AwanBook

Dewasa ini, bahasa Melayu di Patani nampaknya semakin kurang penggunaannya, akibat dari pelbagai faktur yang mengkikis bahasa Melayu di Patani, sedikit demi sedikt, secara beransur-ansur.

Walaupun bahasa Melayu masih lagi menjadi alat perhubungan antara masyarakat Patani, tetapi itupun hanya secara lisan sahaja, dan terdapat juga, segulungan anak muda, takdapat menggunakan bahasa Melayu, dengan baik dan tepat dengan kaidahnya.

Masyarakat Patani, sedang dialami dengan rintangan berbagai bentuk dan sudut, terutama dalam sudut mempertahankan bahasa Melayu, yang menjadi bahasa ibundanya, yang dipusakai oleh nenek-moyang semanjak purbakala dahulu.

Namun, apakah yang kita dapat melihat kenyataan dihari ini, di mana bahasa Melayu semakin lama semakin tirus hujungnya, ini adalah hakikat kenyataan yang kita sebagai wargai Melayu Patani, harus menerima kenyataan ini, walau pahit sekalipun.

Setelah tahun 1786, sebagai tarikh yang bersejarah bagi ummat Patani sejagat, yang mana sebagai tahun permulaan bangsa Patani dirampas kuas oleh bangsa Siam secara mutlak, dan kemudian polisi kerajaan yang berbagai aspek turut dilancar, dikuat kuasa di bumi Patani, demi untuk memperkukuhkan struktur pemerintahannya, yang merupakan kuasa diberpusatkan hanya di kota Bangkok jua.

Pada awal kejatuhan kerajaan Patani, berbagai program dan propoganda yang dilancarkan oleh pegawai, yang bertugas di Patani, penuh dengan tekanan dan paksaan, walaupun disudut budaya, mereka juga turut bertindak, memaksa masyarakat awam turut berbudaya seperti mereka.

Banyak masalah yang dialami dan dilandai terhadap nasib bangsa Patani, bahasa Melayu turut diketepikan oleh pemerintah pada masa itu, hatta kitab-kitab yang bertulisan jawipun turut dibasmikan berbagai cara.

Tatakala di zaman pejuangan Hj, Sulung Tokminal, juga mereka tidak pedoli terhadap permintaan 7 perkara itu, yang merupakan hak asasi bagi masyarakat yang harus dan ada hak untuk menjalani gaya hidup mereka mengikut watak bangsa sendiri,

Dan bagi pemerintah pula, pasti melayani warganya, mengikut kehendak rakyat, itu adalah sumber utama yang menjadi hak asasi manusia, mengikut undang-undang antarabangsa (UN).

Namun malangnya masyarakat Patani, permintaan itu tidak diterima, malahan individu yang terlibat dalam perjuangan secara damai dan berpolotik itu, turut diculik dan dihilangkan ditengah jalan, sampai kinipun belum ditemui dan belum diketahui, di manakah pusaranya jasad Syuhada' itu.

Bila ruang politik ditutup, maka usaha untuk memertabatkan bahasa, menghidupkan budaya, penuh dilintangi dengan kesulitan.

Dan apabila undang-undang keselamatan turut diperketatkan kembali, secara leluasa di bumi Patani, para penggerak yang mencintai bahasa Melayu turut menghilangkan diri, secara beransur-ansur, akhirnya peranan bahasa Melayu yang berbentuk tulisan hilang dari masyarakat Patani, yang tinggal hanya dalam kitab kuning sahaja, adapun yang berbentuk percitakan takada lagi.

Sudah setengah abad, bahasa Melayu Jawi yang diusahakan oleh tokoh-tokoh pemimpin masyarakat pada waktu itu, sampai sekarang cita-cita mereka belum lagi menjadi riality, hanya masih menjadi mimpi-mimpi di sianghari sahaja. justeru itu pemimpin dan tokoh-tokoh masyarakat sekarang masih terleka dengan menisan-madu yang dipaparkan oleh mereka, yang berupa pitih, jawatan dan sebagainya.

Pemimpin masyarakat Patani sekarang, sudah hilang rasa sedar untuk memertabatkan bahasa Melayu Patani, sedangkan keadaan zaman lebih mudah bila dibandingkan dengan keadaan pada masa dahulu.

Kini, cita-cita yang diusahakan demi mengekalkan bangsa Melayu Patani oleh tokoh-tokoh agama pada masa dahulu, menunggu saat-saat untuk berceding kembali, semoga mudah-mudahan jati diri Melayu Patani, takan lenyap dan takkan dikebumikan di bumi sendiri...

sebagai pepatah hikmah yang berbunyi “TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA”

 

Bagaimana nasib bahasa Melayu Patani dimasa depan, terserah kepada jenerasi baru, bagaimana peranan dan sikap  kepedoliannya terhadap bahasa ibundanya sendiri, dan sebagai jatidiri sesebuah bangsa yang harus dipertahankan sampai akhir hayat dan zaman.