Undang-undang kemanusiaan internasional, atau Internasional Humaniter Law (IHL) dan disebut juga undang-undang konflik bersenjata. IHL adalah dasar pokok undang-undang kemanusiaan dunia yang digubal oleh empat (4) Konvensyen Geneva dan Konvensyen Den Haag dan dimeraikan perjanjiannya oleh negara bangsa anggota Pertubukan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bagi memlengkapkan perilaku tentera setaraf antara negara-negara anggota dengan tentera yang bukan negara (organisasi rakyat terjajah) dalam keadaan konflik bersejata. Garis perilaku dan kod etika IHL hendaklah pihak-pihak yang berperang mematuhinya. Manakala negara-negara yang tidak berlaku konflik atau negara-negara yang cinta damai, orang perseorangan yang tidak terlibat dalam konflik bersenjata dan aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) haruslah mengadakan kempen penerangan IHL secara terbuka kepada orang awam, bagi memahami perilaku dan kod etika tentera yang boleh dan tidak boleh dalam keadaan konflik bersenjata. Usaha kemanusiaan ini penting demi mengurangkan kematian orang awam dan harta benda mereka yang tidak berdosa. Kerana ”TENTERA BUKAN PEMBUNUH”.
IHL terbahagi kepada dua (2), iaitu: 1) The Hague Laws, iaitu undang-undang yang digubal tentang larangan penggunaan alat senjata dan kod etika perang, dan 2) The Geneva Laws, iaitu undang-undang yang digubal tentang perlindungan mangsa dan petugas dalam perang.
Undang-undang Den Haag merangkumi semua kaedah perundangan perang yang digubalkan di konvensyen Den Haag pada tahun 1899 dan 1907. Dan Undang-undang Geneva pula adalah lebih menekankan kepada perlindungan, penghormatan dan pelakuan kemanusiaan kepada individu orang awam yang tidak bersenjata atau pihak yang tidak terlibat dalam perang, mereka ialah orang awam. Empat kovensyen tersebut telah disumpurnakan oleh dua (2) pertokol Geneva tahun 1977.
Konflik bersenjata di Patani (Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla) yang sedang berlaku sekarang tertakluk di bawah IHL, kerana konflik bersenjata itu berpunca dari ”isu penjajah”. Lebeh 6,800 orang terkorban dan lebeh 10,000 orang mangsa cedera sejak 10 tahun yang lalu (2004-2014). Hakikat ini diakui sendiri oleh penguasa Bangkok secara terbuka bahawa konflik bersenjata di Patani terdapat Tiga (3) Peringkat orang Melayu Patani telah bersatu bangkit menentang yang sangat sukar dibendung, 1) Peringkat pemimpin (parti-parti), 2) Peringkat angkatan runda kampung kecil (RKK), dan 3) Peringkat massa rakyat (aktivis). Andaian Bangkok ini berdasarkan maklumat-maklumat suspek yang ditahan, risikan dan penyelidikan yang dijalankan selama 10 tahun konflik.
Generasi bangsa Melayu Patani dihari ini adalah penentu masa depan bangsa dan negara Patani. Peranan dan tanggungjawab yang diwaisi dari datuk nenek mereka dahulu tertanam sebagai cita-cita politik ”PATANI MERDEKA” perlu diperkasakan, kerana peranan dan tenggungjawab itu merupakan akar dan cermin dari sebuah bangsa yang merdeka.
"Kerajaan Siam Thai mesti menerima hakikat bahawa Patani tidak pernah menjadi sebahagian daripada Thailand. Usaha Thai untuk mengasimilasikan orang Melayu Patani secara politik tidak berjaya. Selama di bawah penaklukan Siam Thai (1902), wilayah itu berada dalam keadaan kacau bilau dan tidak stabil. Keganasan dan pembunuhan berlaku hampir setiap hari tanpa henti" (Prof Dato' Nik Anuar Nik Mahmud, 2010).
"Konflik yang berlaku saban hari di tiga wilayah selatan Thailand menunjukkan bahawa konflik ini mempunyai epicenter yang masih belum dirungkaikan. Ia merupakan pusat gegaran yang menjadi punca kepada penghasilan episod-episod konflik yang sering berlaku dalam masyarakat Melayu di tiga wilayah. Epicenter yang dimaksudkan ini ialah dasar dan pendekatan kerajaan sendiri yang menjadi punca kepada peningkatan konflik." (Che Mohd Aziz Yaacob.2011).
Penulis difahamkan Pejuang Kemerdekaan Patani, telah menerima kod etika dan perilaku angatan bersenjata yang setaraf dengan tentera negara Thai seperti yang termaktub dalam IHL. Menurut seorang pejuang yang minta namanya dirahsiakan mengatakan bahawa kami pejuang rakyat Patani. Walaupun kami dilihat sukar untuk mengdakan kempen IHL secara terbuka, maklumlah kami bergerak dalam suasana penjajah Siam yang sangat rasis. Tapi dengan tekad dan tenggungjawab kepada rakyat, kami siap laksanakan 3 pelengkap Protokol Tambahan Geneva: 1) Pemimpin angkatan bersenjata rakyat Patani telah dan sedang menerapkan IHL kepada anak buahnya. 2) Angkatan bersenjata rakyat Patani yang diorganisir telah diarahkan mematuhi kod etika IHL dalam operasi berterusan. 3) Pejuang kemerdekaan Patani telah dan akan memperkenalkan IHL dan Protokol tambahan 1977 pasal 1 ayat 1 dan 2, berperingkat-peringkat. Katanya.
Hanya dengan keimanan dan ketakwaan akan membawa kita kejalan yang diredha Allah SWT. Semoga kita sama-sama dapat menikmati keindahan, ketenangan, kedamaian, keamanan dan kemerdekaan Patani yang kekal abadi adanya.
Terima Kasih