Skip to main content

color:black">Editorial Agensi Berita Aman

color:black"> Setelah proses rundingan damai Kuala Lumpur antara kerajaan Thailand dbawah pimpinan Yingluck Shinnawat dengan wakil Barisan Revolusi National Patani- BRN di tanggguh hampir setahun sejak pergolakan politik dan berlakunya rampasan kuasa oleh tentera Thailand pada Mei 2014. 

color:black">Kini Thailand di bawah kerajaan pimpinan ketua Kudeta Jen. Prayuth Chan-ocha beliau telah memasukan masalah pergolakan di selatan Thai (PATANI) sebagai agenda Negara. Maka proses damai yang terkubur sementara juga akan di sambung oleh kerajaan baru ini.

color:black">

color:black">Pada  21 September setiap tahun adalah hari Kedamaian Sedunia . Untuk menyahut hari Kedamaian Sedunia Lembaga Patani Raya-LEMPAR telah mengadakan majlis perhimpunan genap setahun Bicara Patani   dalam  tajuk “Adakah Ruang bagi Politik Patani” Di dataran Masjid Jamek Wilayah Pattani. Majlis kali ini dihadiri lebih 5000 orang peserta  dari empat wilayah yang bergolak.

color:black">Majlis diadakan bertujuan untuk membuka ruang politik dan meyampaikan perkembangan terkini berkenaan dengan proses damai di Selatan Thailand dan perkembangan sema kepada masyarakat.  Ia juga untuk berkongsi pengalaman daripada beberapa kawasan yang berkonflik di dunia dan cara penyelesaian masalah seperti di Aceh, Mindanao dan juga pengutan suara di Scothland.

color:black">Tuwaedaniya Tuwaemaegae, Presiden Lembaga Patani Raya- LEMPAR berkata oleh kerana hasrat rakyat Patani itu sudah lama disembunyi dan ditutup oleh tekanan pemerintah tentera Thailand yang tidak hormat kepada suara rakyat.

color:black">“Setelah berlaku konflik tahun 2004 hasrat itu terlalu tersebak perasaan dalam jiwa rakyat itu mengeluar keluhan-keluhan penderitaan rakyat daripada tekanan undang-undang tentera lalu itu merasa sedar bagi pelajar-pelajar dan juga aktivis khususnya pihak kami mesti ada satu sikap untuk nak mengeluarkan suara penderitaan rakyat itu melalui pentas-pentas seperti Bicara Patani akan dapat melahir ruang politik . Kerana apabila suasana perang seperti Patani sekarang tidak ada raung politik akibatnya akan melahir ruang keganasan ruang bersenjata sahaja itulah hasrat Bicara Patani lahir”, kata Presiden LEMPAR.

color:black">Tambah Tuwaedaniya lagi dalam tempoh satu tahun terdapat 62 kali pentas Bicara Patani diadakan dalam negara  dan di luar Negara.

color:black">“rakyat mahu kepada ruang keselamatan untuk mereka dapat mengeluar hasrat yang sebenar ada setengah kawasan yang kami pergi rakyat ingin tahu undang-undang yang berkaitan dengan nasib mereka dalam keadaan yang ada sistem yang menindas sistem yang ada sejarah rakyat terjajah bagaimanakah mereka mahu selesaikan masalah selaku rakyat bangsa terjajah. Seperti banyak-banyak Negara banyak-banyak bangsa seperti di Aceh , Timur Timur dan yang baru-baru di Scothland di Eropah itu soalan kepada rakyat Patani adakah cara selesai dengan melalui cara referendum di Scothland itu  dapat daripada England itu dapat lahir di Patani, kata Tuwaedaniya .

color:black">Tambah Tuwaedaniya  lagi  ia tak jujur bagi pemerintah untuk melahir kedamaian yang hakiki sebab proses kebahagian itu tidak ada hubungan dengan rakyat. Bagi beliau  proses kedamaian yang akan datang pada masa depan jika tidak datang daripada rakyat, asing daripada rakyat itu kedamaian  penipuan. 

color:black">Bagi Muhammad Yahya Tengku Muaz dari Aceh berpendapat bahawa dalam menjayakan proses ini   orang tempatan  harus mempelajari pengalaman dari orang lain.

color:black">“ saya berfikir orang di sini harus belajar bukan orang lain bukan pengaruh orang lain kena pengaruh kita sendiri jadi kita akan belajar dan kita akan mangetahui  banyak bagai mana akan menyesaikan masalah yang semua pihak ada untung”, kata Muhammad Yahya.

color:black">Joha Christensen, General Manager PACTA yang banyak berpengalaman di Aceh  dan Finland memberi sokongan kuat kepada proses damai yang akan datang.

 “saya mendokong semua inisiatif yang biasa bawa proses perdamaian Patani ke depan dan maju tentu pemerintah masing-masing dia mempunyai aspek lain atau dia punya rencana lain saya kira pemerintah baru di Thailand  sekarang susun apa dia punyai rencana dan dia punya strategi dan saya ingin mendokong proses ke depan. Saya kira semua pihak memang ada interes untuk mencapai damai tetapi   pada awal sebelum ada proses dialog mumkin ada berbeda pendapat apa yang harus diselesai dulu atau ada hal-hal yang harus duduk dulu diskusi dulu”  kata JOHA sebagai penutup. 

 Source: http://bahasa.amannews.org/view/view.php?id=1255