Abdulloh Wanahmad; AwanBook
Baru-baru ini pihak kerajaan Thai di bawah pimpinan Jen. Prayut Chan-ocha, telah membawa rombongannya melawat ke negara jiran Malaysia, sempena di dalam menaikki takhta sebagai Perdana Menteri Thai, setelah ia merampas kuasa dari kerajan yang datang dari rakyat mantan PM Yingluk Cinawatra.
Pada awal bulan December(01/12/2014) juga, berlaku pemasangan kain rentang di seluruh wilayah sempadan selatan, yang mengandungi kata-kata yang begitu memberi kesan kepada politik kerajaan Thai terhadap polisi dalam menyelesaikan masalah di wilayah sempadan selatan (PATANI).
Sebagai dimaklumkan bahawa, semenjak cetusnya pergolakan di Patani pada awal tahun 2004, kerajaan Thai sering mengungkapkan bahawa, issu Patani adalah issu dalaman, masalah Patani hanya berpunca dari beberapa factor yang kecil saja, seperti kerana kemiskinan yang menlandai masyarakat Melayu, kerana pendidikan yang tidak bertaraf dan bersetandard dengan kawasan lain, kerana ekonomi yang mesurut dan sbg.
Itulah alasan yang sering keluar dari para pimpinan negara terhadap issu konflik di Patani, alasan yang mereka mengemukakan tidak sunyi daripada alasan-alasan yang lapuk, jawapan yang sudah dipakai oleh pemimpin yang dahulu, bagai mana alasan sepuluh tahun yang lalu, begitulah jawapannya sekarang, dan masih lagi di dalam tidak sedar bahawa issu Patani kini bukan lagi menjadi masalah seperti yang mereka alu-alukan.
Kembali kepada watak bangsa Siam, kita akan dapati suatu kebenaran dan kenyataan bahawa, jati bangsa Siam adalah, suatu bangsa yang cerdik dalam bercakap, bijak dalam tipu-menimpu antara sesama mereka apatah lagi terhadap musuhnya, yang berperang secara berpanjangan untuk memperluaskan tanah jajahan mereka, seperti Patani. Hingga ia digelar bahawa “Siam lidah emas”
Awal tahun 2004, bermulanya perang gerela antara pejuang kemerdekaan Patani dengan kerajaan Thai, namun kenyataan tersebut telah disembunyuikan oleh pihak yang berkuasa, untuk tidak melemahkan semangat pegawai yang bertugas di dalam kawasan.
Semenjak berlaku perang gerela, kerajaan Thai sering juga melemparkan kekotoran kepada pihak pejuang Patani, dengan berbagai fitnah, seperti dikatigorikan golongan pejuang yang bersenjata sebagai pengganas atau teroris, sebagai puak yang berideologi Islamic yang salah, sebagai gulungan yang berniaga dadah dan sbg.
Dari saat yang bercetusnya keadaan yang berconflik di Patani, pihak penguasa kerajaan Thai masih bercakap besar, terutama golongan militer yang bersikap keras, tidak pernah melembutkan kata-kata mereka dalam memberi maklumat kepada pemberita, mereka masih bersikap keras seperti seorang tentera, mereka juga menyombongkan diri dengan pihak pejuang, untuk berlutut dan bersua muka dalam mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan secara damai.
Tentera Thai semenjak dari awal konflik, mereka tidak merendahkan samasekali maruahnya, untuk mengiktiraf pihak pejuang selaku sebuah Parti yang mewakili rakyat Patani, dan yang berperanan bessar dalam mengatur strategi perang, yang sudah menelan nyawa pegawai keselamatan beribu-ribu orang, namun begitu mereka juga tetap tegak dalam pendiriannya, seperti dahulu kala, bagaimana sikapnya dahulu, begitulah keadaannya sekarang.
Namun apakah yang membuat kerajaan kudeta Jen. Prayut Chan-Ocha ini, menurunkan maruahnya selaku seorang tentera apatah lagi selaku pemimpin negara , turut bersama dalam menjalankan proses damai Patani, yang telah berhenti di tengah jalan selama satu tahun, akibat dari krisis poloitik dalaman negera Thai sendiri.
Rupa-rupanya proses damai di Patani, akan ditangguh buat seketika waktu, dan tidak mungkin proses damai itu akan berjalan dengan secara lancar di bawah naungan kuasa tentera ini.
Jika dikembali kepada kejadian pada awal bulan December itu, cukup jelas bagi setiap pihak untuk mengerti hasrat yang terkandung di dalam kain rentang atau sepanduk itu, terutama bagi bahagian yang terbabit dalam proses damai ini, iaitu Thai dan Malaysia,
Jika melihat kata-kata yang tertera dalam kain rentang itu, nescaya proses damai tidak akan lahir dalam tempuh kerajaan kudeta ini, kerana tidak ada jaminan yang begiti baik, untuk meja rundingan yang akan diadakan itu, tidak dibatalkan dengan sewengang-sewengannya oleh mana-mana pihak, terutama dari pihak kerajaan Thai sendiri, seperti yang telah berlaku sebelum ini.
Proses damai Patani, adalah perkara yang ditunggu-tunggukan oleh masyarakat tempatan, kerana itu salah satu jalan dan cara untuk menyelesaikan konflik di Patani secara damai, dan tanpa berdarah, namun ia juga perlu kepada kawalan proses dengan rapi, jika tidak, DAMAI PATANI yang kita puja dan cari itu, takmungkin lahir di bumi ini sepanjang zaman.