Bahawa sesungguhnya PATANI adalah sebuah negara bangsa Melayu Islam yang merdeka dan berdaulat (1457-1902). Kemerdekaan itu adalah kurniaan Allah SWT kepada umat bangsa-bangsa manusia, yang menjadi hak semua bangsa yang tidak boleh dipisahkan dan dijajah oleh mana-mana bangsa pun. Penjajah bangsa Siam/Thai atas bangsa Melayu Patani sejak 112 tahun yang lalu (1902-2014) bertentangan dengan hak perikemanusiaan dan perikeadilan. Konflik bersenjata di Patani (Narathiwat, Yala, Pattani, dan lima daerah Songkhla dan Satun) sekarang adalah konflik melawan “rejim Penjajah Siam” sampai ke akar umbinya. Perjuangan yang sah menurut hukum kah asasi manusia (HAM) dan piagam konvensyen Geneva dan Den Haag yang dijamin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
PROSES DAMAI yang membawa konotasi yang positif adil tanpa paksaan mengikut undang-undang internasional, tidak ada gerakan pembebasan rakyat Patani yang menentangnya, kecuali proses damai yang tidak adil dan dipaksa tunduk mengikut road map penjajah Siam.
Isu Penjajahan Siam di Patani boleh diselesaikan di meja bulat (rundingan) sekiranya diselanggarakan mediator bebas yang dipersetujui kedua belah pihak Bangkok dan Patani. Hak mendapat advokasi hukum penting untuk konstruksikan struktur lembaga negara bangsa dan organisasi rakyat Melayu Patani yang bertanggungjawab. Tuntutan proses damai menurut hukum internasional adalah hak mutlak rakyat Patani untuk menyaut panggilan perdamaian dunia secara tuntas, hakiki dan abadi.
Tiga prinsip asas mengikut Road Map penjajah Siam yang dipersetujuai bersama Kuala Lumpud dan Bangkok semasa lawatan resmi PM diktator junta Siam/Thailand Gen. Prayut Chan-o-cha pada 1 December 2014 itu seperti kata pepatah Melayu ”menyusu kera di hutan, anak bangsa serumpun sendiri kelaparan” kerana secara langsung melaksanakan peranan yang digariskan road map penjajah Siam 1909. Tiga prinsip asas perdamaian satu pihak penjajah Siam itu ialah; (1) Tempoh Tanpa Keganasan. (2) Semua pihak perlu diwakili dalam rundingan damai dan (3) Semua pihak perlu bersetuju dengan satu permintaan bersatu yang akan dikemukakan kepada kerajaan Thailand.
Petikan akhbar Malaysia: "Berdasarkan tiga prinsip itu, Malaysia akan meneruskan (proses damai) dan kerajaan Thailand juga menyatakan secara mutlaknya bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang ia mahu jalinkan kerjasama bagi proses damai itu," kata Datuk Seri Najib Tun Razak PM Malaysia.
Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha di Seri Perdana, Putrajaya.
Walau bagaimanapun Najib tidak mengulas tentang status tanda tangan PERSETUJUAN UMUM MENGENAI PROSES DIALOG (GENERAL CONSENSUS ON PEACE DIALOGUE PROCESS) yang dimediator oleh Malaysia antara wakil Majlis Keamanan Negara (NSC) yang mewakili kerajaan Thailand, Malaysia dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) pada 28 Februari 2013 KL yang lalu, dimansuh atau sebaliknya menjadi tanda tanya (?).
Rakyat Patani sedar siapa pun rejim yang berkuasa di Thaailand, baik rejim dipilih melalui sistem demokrasi berparlimen mahupun rejim Junta tentera adalah penjajah Siam. Sudah terang lagi bersuluh penjajah Siam tidak akan mengangkat agenda pokok yang signifikan ini, selagi perjanjian haram Anglo Siam 1909 itu dapat disembunyikan, kerana politik maupun ekonomi terutama kepentingan mencari dan menggali minyak dan gas milik Patani dapat mengelabukan mata dunia.
Proses Damai yang bersifat kemanusiaan adalah kunci pokok penyelesaiam isu penjajahan rejim bangsa Siam atas bangsa Melayu Patani yang berpunca dari perjanjian haram yang bernama Anglo Siamese Treaty antara British dan Siam yang ditandatangani di Bangkok pada 1909 itu. Sebaliknya, perdamaian yang diwujudkan menurut Road Map penjajah Siam dianggap satu usaha manipulasi yang kedua pasca 1909 tanpa persetujuan rakyat Patani.
“Perdamaian yang dinanti-nantikan oleh rakyat melayu Patani dan bangsa-bangsa yang cinta damai di dunia ialah perdamaian yang diselanggarakan oleh mediator bebas menurut hukum internasional”.
Agenda rundingan isu penjajah yang diutarakan PBB hanya dua perkara sahaja. Pertama, hak pertuanan bangsa dan territorialnya. Akan dibahas dan dihujah oleh wakil-wakil kedua belah pihak (Bangkok dan Patani) meliputi hak-hak sivil, politik. ekonomi, sosial dan budaya. Kedua, hubungan bilateral termasuk membatasi semua jenis aksi kekerasan dan keganasan bersenjata. Setelah hukum internasional dan agenda pertama diterima dan diputuskan sebagai agenda negara yang diperundangkan.
Proses damai konflik dua bangsa yang berlainan jati diri (Melayu Patani dan Siam Bangkok) bukanlah suatu utopia, bukan juga cita-cita yang tidak dapat dicapai, bukan mimpi yang tidak boleh direalisasikan. Damai itu bukan sahaja diinginkan tapi diciptakan. Damai itu bukan sahaja diwarwarkan sabagai simbol politik, tetapi damai itu berani menuntut hak-hak pertuanan bangsa kerana benar dan takut kerana salah menegakkan HAM dan piagam konvensyen Geneva dan Den Haag, bukan meminta-minta kepada penjajah Siam.