Pengalaman sejarah tenggelam timbul perjuangan pembebasan rakyat Melayu Patani melawan penjajah Siam/Thailand dari generasi ke generasi hingga sekarang adalah sebagai guru yang hidup. Rakyat Patani menyedari hakikat bahawa bangsa mereka dijajah oleh Siam setelah perjanjian haram Anglo Siamese Treaty 1902 M., yang diratifikasikan oleh dua bangsa penjajah asing (Inggris dan Siam) pada 10 March 1909 M, di Bangkok. Zaman bangsa yang kuat menjajah bangsa yang lemah telah berlalu, dan sekarang dunia telah berubah kepada zaman bangsa rakyat bernegara memilih kerajaan sendiri (demokrasi) dan zaman bangsa rakyat terjajah memilih untuk menentukan nasib sendiri (the right to self-determination). Anjakan paradigma politik rakyat bangsa terjajah pemegang amanah kuasa mutlak untuk menentukan nasib sendiri (menuntut bukan meminta) di bawah subjek hukum antarabangsa. Dengan perubahan itu hukum antarabangsa telah membukakan seluas-luasnya kepada rakyat Patani merealisasikan negosiasi damai dengan regim penjajah Siam bukanlah suatu bentuk pilihan (choice) tetapi merupakan kewajipan yang harus diterima oleh pihak-pihak Patani dan Bangkok yang ingin ke meja bulat secara advokasi dan bertanggungjawab.
Menurut resolusi Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) No. 55/282, tanggal 7 September 2001, talah menetapkan bahawa tanggal 21 September setiap tahun adalah Hari Perdamaian Dunia (International Day of Peace). Resolusi ini telah diiystiharkan kepada seluruh bangsa-bangsa di dunia, baik bangsa bernegara dan bengsa belum bernegara (bengsa terjajah) agar bangsa-bangsa di seluruh dunia menyelesaikan konflik mereka secara damai, adil dan berkekalan.
Sebelum kita mendalami subjek hukum antarabangsa sebagai pegangan dan rujukan yang signifikan bagi delegasi rakyat Patani sebagai pihak menuntut hak yang diakui bila berhadapan dengan rakan dialog di meja bulat nanti, marilah kita sama-sama membuka lipatan sejarah dialog damai Patani-Bangkok yang silam. Sejarah dialog damai yang dianjurkan oleh regim penjajah Thailand bawah hukum atau perlembagaannya tanpa mediator (orang tengah) adalah satu penipuan. Sejarah proses damai Patani-Bangkok tidak pernah berbohong kepada bangsanya, sejak zaman Tengku Abdul Kadir bin Qamarudin, Sultan Patani terakhir 1906, zaman Tuan Guru Haji Sulong bin Abdul Kadir 1948, sampai ke zaman BERSATU 1997, dan hingga ke zaman globalisasi sekarang. Baru-baru ini usaha Ustaz Hassan bin Taib (wakil Barisan Revbolusi Nasional, BRN) 28 April 2013, telah terbukti gagal kerana subjek hukum penjajah Siam/Thailand atas Patani tidak mengakui Melayu sebagai bangsa pertuanan Patani.
Berbeza sama sekali dengan subjek hukum penjajah British atas Malaya (Malaysia) dalam negosiasi damai 1957 mengakui Malay (Melayu) sebagai bangsa pertuanan Malaya (Melaysia) dan begitu juga subjek hakum penjajah Filipina atas Mindanao dalam negosiasi damai 2013 mengakui Bangsamoro sebagai bangsa pertuanan Mindanao dan kepulauan Sulu, serta kepulauan yang berdekatan, termasuk wilayah Palawan.
Fakta sejarah dialog damai Patani-Bangkok dahulu hingga sekarang telah tercatat dalam sejarah perjuangan rakyat Patani - “bermula dengan senyuman dan berakhir dengan penipuan dan kekerasan”.
Sepintas lalu mendalami sejarah Hukum Siam/Thailand (HST) sejak 1909-2007 telah dimansuhkan berkali-kali oleh sistem otoriter tentera (kudeta) sebanyak 19 buah hukum bertulis sampai sekarang. Sisten otoreter (diktator) tetap menjadi subjek HST di mana sistem demokrasi kebebasan rakyat harus di bawah kontrol junta. Senario subjek HST bertukar ganti kuasa dan sistem rakyat tidak peduli biasa. HST sejak dari zaman negara bangsa Siam bawah sistem diktator berubah kepada zaman negara bangsa Thaland bawah sistem demokrasi raja tunggak negara 1923. HST selama hampir 100 tahun hanya yang digubal oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri junta Gen Surayut Chulanon pada 19 Ogos 2007, yang pertama dan disahkan oleh rakyat Thailand melalui referendum 57.8% suara sejak Thailand ditubuhkan. Hukum atau Perlembagaan rakyat Thailand 2007 hanya dapat bertahan selama 7 tahun sahaja (2007-2014), kudeta lagi diketuai oleh Gen. Prayut Chan-ocha kemudian mengangkat dirinya sendiri sebagai Pemimpin Dewan Penjaga Ketertiban dan Perdamaian Nasional (NCPO) Thailand pada 22 Mei 2014, dan merangkap PM Thailand yang ke-29, pada 24 Ogos 2014, hingga sekarang.
Kegagalan sesuatu proses damai konflik bersenjata dua bangsa yang berlainan jati diri di Patani boleh diselesaikan sekiranya faktor-faktor kolonialis yang bercanggah dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) ingin dihapuskan terus oleh penjajah Thailand di Patani khasnya dan penjajahan di dunia umumnya, faktor-faktor itu ialah:
1) Penindasan dan kezaliman regim Siam Bangkok atas rakyat Melayu yang berleluasa di Patani dahulu dan sekarang adalah hasil dan akibat polisi dan kukum penjajah Siam.
2) Keruntuhan temadun bangsa Siam dan nilai kemanusiaan yang serius di Patani adalah hasil dari wujudnya warisan peradaban ”kapitalisme dan kolonialisme” .
3) Malapetaka atau bencana kemanusiaan yang serius di Patani adalah hasil dan sikap kekerasan tentera bawah dasar pintu tertutup (dikri darurat) regim Siam Bangkok memanipulasi masyarakat antarabangsa.
4) Menyerahkan segala kekuasaan kepada rakyat Paatani bangsa penduduk pertuanan dari wilayah-wilayah jajahan yang dijajah oleh Thailand itu tanpa syarat.
Secara hukum rakyat Patani bertanggungjawab membela kesinambungan kembali daulat kerajaan Melayu Patani yang merdeka dan berdaulat bebas dari regim penjajahan haram Thailand. Di sinilah letaknya advokasi dan legitimasinya perjuangan kemerdekaan rakyat Patani menuntut hak pertuanan bangsanya dan hak-hak untuk menerima dukungan politik, material dan moral dari seluruh masyarakat antarabangsa yang mencintakan damai untuk merealisasikan wujudnya perdamaian dunia.
Hukum penjajah Thailand tidak boleh menjamin politik damai di Patani (isu penjajah) kerana subjek hukumnya adalah untuk kepentingan kuasa kolonialisnya atas Patani. Sebaliknya hukum antarabangsa mempunyai personaliti yang sah (legal personality) untuk perjanjian legitimasi yang dijamin oleh PBB. Hukum antarabangsa memperakui hak pertuanan semua bangsa di dunia tanpa mengira warna kulit, kepercayaan dan fahaman. Secara automatik rakyat Patani memiliki 3 hak mutlak yang tidak boleh dinafikan, iaitu:
1.Hak untuk menentukan nasib sendiri
2.Hak untuk bebas memilih sistem ekonomi, politik dan sosial
3.Hak untuk menguasai sumber kekayaan alam dan wilayah ketuanan bangsanya
Hukum antarabangsa telah menuatkan arahan DUHAM atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR) bahawa kemerdekaan itu adalah “hak mutlak semua bangsa” termasuk hak-hak sipil, politik, ekonomi dan hak-hak sosial dan budaya.
Merujuk kepada Resolusi PBB No. 1514 (XV) tahun 1960, Artikel 5, telah keluarkan perintah perundangannya: “Untuk menyerahkan segala kekuasaan kepada bangsa penduduk pertuanan dari wilayah-wilayah jajahan itu, dengan tanpa syarat, menurut kehendak rakyat bangsa itu sendiri, tanpa memandang perbezaan bangsa, agama atau warna kulit, agar mereka dapat menikmati kemerdekaan dan kebebasan yang sempurna.”
Dalam subjek hukum terbuka antarabangsa ini rakyat Patani yakin dan bersedia menuntut hak-hak bangsa Melayu Patani di meja bulat pasti berjaya, kerana perjuangan rakyat bangsa terjajah bebas bergerak dan menyusun langkah perjuangan mereka bedasarkan Resolusi PBB No. 2625 (XXV) tanggal 24 Oktober 1970, bagi menguatkan lagi resolusi-resolusi hukum antarabangsa terdahulu, antaranya ialah:
a. Mewajibkan semua negara untuk membantu mengakhiri seluruh sistem penjajahan dan membantu PBB dalam urusan ini.
b. Melarang semua negara menggunakan kekerasan untuk menghalangi bangsa-bangsa yang terjajah untuk mencapai kemerdekaan dan menentukan nasib mereka sendiri.
c. Memberi hak kepada semua bangsa yang terjajah untuk melawan segala macam bentuk kekerasan yang dipergunakan untuk menghalang hak mereka untuk menentukan nasib sendiri serta hak mereka untuk mendapat bantuan dunia dalam perjuangan.
Negosiasi meja bulat yang berlandaskan hukum antarabangsa adil kepada semua pihak yang berkonflik di Patani tertakluk di bawah Resolusi PBB No. 3314 (XXIX) tanggal 14 Desember 1974, yang melarang semua negara menggunakan kekerasan terhadap bangsa-bangsa yang menuntut hak menentu nasib sendiri. Resolusi ini menegaskan: “Kewajipan negara-negara anggota PBB agar tidak mempergunakan senjata untuk menindas hak rakyat bangsa-bangsa yang sedang berjuang menuntut hak menentukan nasib sendiri dan hak kemerdekaan serta kesatuan wilayah mareka.
Kesahihan hukum antarabangsa No. 1514 diatas telah dirasmikan oleh Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (International Court of Justice) dalam keputusannya pada tanggal 21 Jun 1971, yang menyatakan bahawa “Dasar hak menentukan nasib sendiri untuk segala bangsa yang terjajah dan cara-cara untuk mengakhiri dengan secepat-cepatnya segala macam bentuk penjajahan telah ditegaskan dalam Resolusi 1514 ini”.
Dengan adanya hukum terbuka antarabangsa rakyat Patani harus mendalami dengan pancaindra yang sedar bahawa subjek hukum antarabangsa adalah mengambil kira terhadap belligerent (bangsa pihak rakyat terjajah yang sedang berjuang). Gerakan pembebasan rakyat Patani telah memenuhi atau tidak perasyarat untuk mendapat hukum antarabangsa. Antaranya ialah:
a. Telah dapat menguasai bahgian wilayah yang cukup dari negara yang dituntut
b. Ada dukungan massa dari majoriti rakyat di wilayah yang dituntut
c. Memiliki keinginan dan kemahuan untuk melaksanakan kewajipan antarabangsa (sesuai dengan Konvensi Geneva 1949) tentang hukum perlindungan korban perang.
d. Terorganisir dengan baik dalam operasi dan perlawanan sesuai dengan Hukum Perang dan telah mempunyai daerah tertentu yang dikuasai.
Pandangan kehakiman Mahkamah Pengadilan Antarabangsa yang dikeluarkan pada tanggal 16 Oktober 1975 berhubung dengan proses penyelesaian isu konflik bersenjata (isu penjajah) terhadap bangsa-bangsa yang berkonflik menyatakan bahawa rakyat bangsa terjajah berhak memperoleh tiga status pilihan diri sendiri dalam subjek hukum antarabangsa menerusi referendum (menentukan nasib sendiri), iaitu;
1. Menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat
2. Bebas memilih untuk berserikat dengan sesuatu negara lain yang sudah merdeka
3. Bebas memilih untuk memasukkan dirinya ke dalam salah satu negara lain yang sudah merdeka.
Penulis percaya tanggungjawab rakyat Patani keseluruhannya ingin untuk menghidupkan kembali proses damai Patani-Bangkok, tetapi bukan di bawah HST tanpa mediator seperti tercatat dalam lipatan sejarah yang silam. Dan bukan juga sekadar ingin damai untuk mengurangi tindakan kekerasan fizikel tentera di Patani, tetapi damai yang diinginkan oleh rakayat Patani adalah menjamin rasa tenteram dan harmoni dalam realiti kehidupan rakyat bangsa yang bebas dan merdeka berlandaskan jaminan hukum yang diakui oleh masyarakat antarabangsa. 2
Subjek hukum antarabangsa, tidak melarang rakyat Patani melawan segala bentuk penjajahan atas bangsanya bahkan menyeru rakyat bangsa-bangsa terjajah di seluruh dunia melawan penjajah bangsa asing atas bangsanya dengan kemampuan apa saja yang ada.
Penulis difahamkan bahawa pihak Angkatan Bersenjata Rakyat Patani tetap signifikan mendokong delegasi Patani menuntut hak bukan meminta dan anggaplah ketegasan mereka demi kebebasan kebangsaan Melayu Patani yang satu, yakni pembela “amanah penderitaan rakyat” jangan dianggap sebagai satu ancaman. Inilah realiti kebenaran, keadilan dan kebebasan yang harus diterima oleh delegasi rakyat Patani.
Regim Thailand yang demokrasi tidak membenarkan kekerasan dan paksaan dalam apa bentuk pun atas kehidupan rakyat Patani. Tetapi regin penjajah Thailand dahulu hingga sekarang bertindak di sebaliknya. Regim Bangkok telah melanggar DUHAM dan resolusi PBB No. 3313 (XXIX) 14 Dec 1974 yang sangat berat. Oleh kerana itu, metode “damai yang bermeruah” yang dimediatorkan bawah hukum antarabangsa akan cepat naik pentas dunia. Dengan secara tradisi regim diktator junta PM Thailand Gen. Prayut Chan-ocha terus menutup jalan menuju “penyelesaian secara hukum” dan membuka jalan “aman dalam acuan penjajah” kembali ke zaman bangsa yang kuat memaksa bangsa yang lemah perlu dihindari.
Walau bagaimanapun kecil dan lemahnya perjuangan pembebasan rakyat Patani yang diasaskan atas ketuanan bangsa yang satu pasti akan dapat legasi penubuhan sebuah kerajaan sendiri (bernegara sendiri) yang merdeka dan berdaulat seperti subjek dalam hukum antarabangsa itu.
Inilah perdamaian konflik dua bangsa yang berlainan jati diri (isu penjajah) membangun kepercayaan negosiasi damai di meja bulat dapat berlaku dan menghasilkan resolusi seperti tedapat dalam kamus “Oxford Advanced Learner’s Dictionary” sebagai keadaan yang bebas dari peperangan dan kekerasan, suasananya tenang, dan penuh dengan keharmonian dan persahabatan (hubungan bilateral).
Rakyat Patani bersatu atas satu nasib bangsa yang satu akan lebih mudah mendapat legitimasi politik dan sokongan rakyat di meja bulat tetapi rakyat Patani yang dipecahbelahkan oleh dasar dan polisi penjajah Thailand akan lebih sulit menuntut hak pertuanan bangsa sendiri, kerana sokongan rakyat Patani berpecah belah tidak fokus untuk melawan penjajah secara bulat dan tepat. Perjuangan politik di meja bulat adalah sebahgian dari perjuangan pembebasan rakyat Patani harus diteruskan bersungguh-sungguh (bersatu tenaga) seperti mencari intan di dalam perut bumi. Damai yang diperjuangkan oleh rakyat Melayu Patani adalah “merdeka” bukan “aman dibawah acuan penjajah Thailand”, tetapi “kemerdekaan dan keamanan terjamin oleh perdamaian” di bawah subjek hukum antarabangsa.