Sejak negara bangsa Siam diubah kepada negara bangsa Thailand dan kekuasaan konstitusional mengganti kuasa monarki absolut pada tahun 1932. Raja Thailand ketika itu, Prajadhipok (1925-1935) atau Raja Rama VII (7) tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali menerima syarat mengubah kuasa raja mutlak kepada raja berperlembagaan yang tidak ikut campur dalam urusan politik berparlimen. Setelah itu Thailand dipimpin oleh tokoh-tokoh militer dan sipil dari parti-parti kerajaan bersama parti pembangkang yang menggubal dasar-dasar kerajaan pusat (Bangkok) secara silih berganti.
Rampasan kuasa yang pertama di Thailand oleh sekumpulan pemuda lulusan luar negara semasa PM Thailand yang pertama Phraya Manopakorn Nititada (1932-1933) setelah revolusi Siam 1932. Pada tahun berikutnya, PM. Manoparkorn digulingkan dalam kudeta 1933 kerana kerisis politik antara anggota Parti Rakyat. Diganti oleh PM Thailand yang ke-2, Gen. Phraya Phahon Phonphayuhasena (1933-1938). Semasa PM Thailand yang ke-3, Penglima Tertinggi Plaek Phibul Songgram (1938-1944) dan dalam mandat PM kali kedua (1948-1957) melaksanakan dasar ”Rathaniyum” digandingkan bersama sadar penjajah Thailand ”pecah dan perintah” atau ”divide and rule” melarang rakyat Melayu Patani mengamalkan cara hidup budaya Melayu (menafikan bangsa, bahasa, dan kebudayaan) memaksa becakap bahasa Siam dalam satu bangsa, bahasa dan kebudayaan Thailand. Kemudiannya beliau diganti oleh PM Thailand yang ke-4, Major Khuang Aphaiwong (kali pertama 1944-1945, kali kedua 1946-1946, dan kali ketiga 1947-1948). Aphaiwong jaga adalah pengasas Parti Demokrat atau Phak Prachatipat (1945).
Sejak 1902 regim Bangkok dari PM pilihan rakyat bertukar ganti dengan PM junta. Semua dari mereka itu melaksanakan dasar-dasar penjajah dan menjajah Patani hingga sekarang. Berbeza hanya kuasa dalam negeri dahulu di bawah kementerian dalam negeri langsung ke Patani dan sekarang melaui perantaraan di bawah Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan atau the Southern Border Province Administration Center (SBPAC) yangditubuhkan pada 24 Januari 1981. SBPAC ditubuh semasa PM Thailand yang ke-16, Gen. Prem Tinsulanuda (1980-1988) berslogankan ”Kuasa Politik Mengatasi Kuasa Tentera” untuk membanteraskan pengaruh Parti Komunis Thailand dan gerakan pembebasan rakyat Patani di wilayah sempadan selatan dengan berorintasikan falsapah pembangunan raja Bangkok Raja Rama IX (9) Bhumibol Adulyadej yang berbunyi ”Mendampingi, Memahami Dan Menbagun” seperti ”Menatang Minyak Yang Penuh”. Walau bagaimanapun status orang awam (civil population) tidak berubah.
Kesan pelaksanaan dasar-dasar penjajah Siam di Patani telah mengeruhkan perpaduan dan jati diri bangsa Melayu Patani. Pada masa yang sama Koan Operasi Keselamatan Dalaman atau Internal Security Operations Command (ISOC) sebuah pusat penyelarasan perisikan dan oprasi mliliter Thailand di wilayah sempadan Selatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dipengusi oleh sendiri PM. Dua badan sipil dan militer ini (SBPAC dan ISOC) adalah pusat nadi penjajah Thailand di Patani untuk menjalankan polisi dan setratigi pembangunan sosial, ekonomi dan keselamatan. Dilihat wujudnya kuasa Gelap berlesen (Kedeber) dalam masyarakat Melayu Islam Patani sebagai taring dan kuku penjajah Siam mencekam kehidupan sosial ekonomi rakyat Patani. Dalam politik dilihat wujudnya konco-konco pro-kanan dan kiri sebagai ”medan politik wang” yang mendominasikan pemimpin dan ulama Patani secara terancang, bukan kerana kebetulan. Ditinjau dari segi praktek hukum wujudnya pengadilan terpilih (double standard). Dari sudut pentadbiran awam pula wujudnya pengabaian kebajikan rakyat Patani daripada arus pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebaliknya mengutamakan peluang-peluang di bawah sektor awan kepada bangsa imigran asing di Patani. Semua tindakan ini bercanggah dengan Konvensyen Antarabangsa tentang Hak-hak Sipil, Politik 1966 dan Konvensyen Antarabangsa tentang Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966.
Pada 2001 SBPAC telah diperalatkan oleh mantan PM Thailand yang ke-23 Kol. Polis Thaksin Shinawatra (2001-2006) dan Parti Patrik (Thai Rak Thai) sebagai tempat bertakhta konco-konco mereka. SBPAC dilihat selain dari menjalankan dasar-dasar Bangkok, mereka lebih memfokuskan kepada SIMBOL MELAYU untuk memancing undi orang Melayu Patani melalui elit-elit mereka. Antara elit-elit mereka yang dijabatkan kejawatan setiausaha agung SBPAC yang diangkat semasa PM Thailand yang ke-28 Yingluck Shinawatra (2011-2014) Kol. Polis Tawee Sodsong dan setiausaha agung SBPAC yang diangkat balik bagi kali kedua semasa PM junta Thailand yang ke-29, Penglima Tentera Darat Gen. Prayuth Chan-Ocha (2014-) sekarang Phanok Uthairat dan sebelumnya pada kali pertama Phanok juga pernah diangkat semasa PM Thailand yang ke-27, Abhisit Vijajiva (2008-2011).
Perbezaan antara elit-elit mereka bersifat individu, dilihat semasa Kol. Polis Tawee Sodsong memfokuskan MELAYU wujudnya TV Melayu Thailand dan Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu Thailand (DBPMT) 2013, berbanding dengan sekarang masa Phanok Uthairat memfokuskan kepada SIMBOL wujudnya Thung Yang Deng Model (TYDM) 2014.
TYDM dari sudut konsep dan perakteknya adalah ”Menonjolkan Aksi Militer”, yakni melatih dan mempersenjatakan orang awam (rakyat Melayu Patani) di bawah konsep ”Rakyat Jaga Rakyat”. Dengan melibatkan orang awam (civilians) dalam keadaan konflik bersenjata di Patani menjalankan aksi separa tentera, secara hukum status orang awam berubah kepada status anggota tentera (military personnel) menjadi tanda tanya (?).
Seharusnya semua pihak memberi pencerahan dan pendidikan kepada orang awam di Patani tentang hukum perlindungan kemanusiaan antarabangsa dalam keadaan fonflik bersenjata atau International Humanitarian Law (IHL).
IHL mengandungi tiga asas pokok iaitu (1) Asas Kepentingan Militer (military necessity), (2) Asas Perikemanusiaan (humanity) dan (3) Asas Kesatriaan (chivalry). Ketiga-tiga asas ini melandasi kod etika tentera dalam keadaan konflik bersenjata di Patani.
Menurut penulis, walaupun IHL mengatur kod etika militer dalam konflik bersenjata, pihak-pihak yang berkonflik tidak boleh semata-mata mengatur asas kepentingan militer dari pihak yang berkonflik saja, kedua-dua pihak harus mempertimbangkan dua asas lainnya juga. Demikianlah sebaliknya, peraturan-peraturan Hukum Perang tidak mungkin kedua pihak hanya mempertimbangkan aspek kemanusiaan dalam keadaan konflik bersenjata tanpa mempedulikan aspek-aspek operasi militer tanpa adanya keseimbangan dari ketiga asas itu.
Penulis merujuk IHL Peraturan 1. ”Pihak-pihak yang berkoflik harus setiap saat membezakan antara orang awam dan tentera, penyerangan hanya boleh diarahkan kepada tentera. Penyerangan tidak boleh diarahkan kepada orang awam.” Dan IHL peraturan 4. ”Angkatan bersenjata pihak-pihak yang terlibat dalam konflik terdiri dari semua pasukan dan angkatan (Darat, Laut dan Udara) yang terorganisasi berada dibawah komando (ketua) kedua pihak yang terlibat dalam berkonflik tersebut bertanggungjawab atas tindakan anggota dibawahnya.”
Dan peraturan oprasi militer Pasal 23 Lampiran Konvensyen Den Haag IV yang disebut juga Regulasi Den Haag (Hague Regulations) ayat (c) yang menetapkan bahawa seorang anggota tentera dari pihak negara yang berkonflik dilarang membunuh atau melukai musuh yang telah menyerah, atau ditahan yang tidak mampu melakukan perlawanan lagi.
Kembali kita kepada isu Thung Yang Deng yang hangat dibicarakan sekarang. Menurut saksi yang tidak ingin namanya disebut mengatakan 4 orang mangsa yang terbunuh dan 22 orang yang ditahan oleh aparat tentera Thailand pada 25 Mac 2015 di tempa 6, Kampung Tok Chud, Mukim Phiten, Daerah Thung Yang Deng, Wiliyah Pattani baru-baru ini adalah orang awam tanpa senjata. Serangan tersebut bermotifkan cemburu dan balas dendam.
Dengan tersebarnya berita pembunuhan kejam itu melalui media maya dan media arus perdana Thailand secara cepat dan meluas. Telah membuka mata banyak pihak yang cinta damai tampil menuntut pihak Penglima Bahagian 4 dan Setiausaha Agung SBPAC segera menyiasat dan membawa pejenayah kemanusiaan berat itu ke muka pengadilan menurut undang-undang (UU), kerana perbuatan kejam tersebut bercanggah dengan Diklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 1948 atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR).
Selain daripada kutukan dan gesaan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pihak pengurusan Universitu Fathoni (UF) juga terpanggil tampil mempersoalkan motif tindakan pembunuhan tersebut. Dan menggesa pihak kerajaan tempatan dan Bangkok membentuk satu badan penyiasat bebas bagi mendapatkan hakikat sebenar berlaku di sebalik pembunuhan tesebut. Badan bebas itu hendaklah ada wakil UF bersama dengan ahli egensi yang terbat menjadi ahli. Menurut pengetua UF mengatakan bahawa 4 orang mangsa yang terbunuh itu 2 di antaranya adalah mahasiswa pusat pengajian tinggi berkenaan. Mereka ialah Sdr. Khalid Samaeng dan Sdr Matdari Merah, kedua-duanya mahasiswa tahun ke-4.
Tambah pengetua UF lagi kami melahirkan rasa kesal terhadap laporan media arus perdana Thailand yang mendakwa bahawa mangsa terbunuh itu anggota pejuang Runda Kampung Kecil (RKK) yang memiliki senjata api bertindak menyerang pasukan keselamatan. Dan secara tegas kami (pihak UF) menafikan kesahehan sumber berita tersebut palsu dan sangat memberi kesan buruk kepada keluarga mangsa termasuk imej kebersihan UF sangat besar.
Apa pun alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan, orang awam yang tidak bersenjata tidak boleh dibunuh baik dalam keadaan aman maupun dalam keadaan berkonflik. Dalam masa yang sama semua pihak tidak boleh menghalang atau menyekat pasukan penyiasat bebas mancari bukti punca sebenar tragidi pembunuhan 4 orang awam di Daerah Thung Yang Deng menjalankan tugas mereka. Tindakan menyekat, mengugut dan menunjukan sikap tidak memberi kerjasama adalah suatu tindakan yang di luar prinsip kemanusiaan. Tindakan-tindakan sebegini juga secara langsung atau tidak langsung telah meruntuhkan kepercayaan orang awam terhadap Proses Damai yang diwarwarkan oleh regim junta Bangkok.
Oleh itu, POS mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak aparat tentera Thailand yang membunuh 4 orang awam dan menahan 22 orang awam penduduk tempatan Thung Yang Deng pada 25 Mac 2015 itu. Dan kami juga mengutuk dan mengecam sekaras-kerasnya terhadap penahanan 20 orang mahasiswa University Narathiwat Rachanakrin Narathiwat oleh aparat tentera penjajah Thailand Khamis 2 April jam 05:00 pagi Narathiwat.
Dengan ini kami menggesa pihak yang bertanggungjawab Bangkok:
1. Hentikan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa baik dalam keadaan aman dan dalam keadaan konflik di Patani.
2. Hentikan menahan orang awam, aktivis, mahasiwa dan guru tadika yang tidak berdosa kembali kepangkuan keluarga mereka masing-masing untuk meneruskan pengajian dan aktiviti harian mereka dengan aman tanpa syarat.
3. Hentikan melatih orang awam menjalankan aksi separa militer yang boleh mengubah status orang awam kepada anggota tentera.
4. Hendaklah bebaskan mereka yang ditahan tanpa bukti serta-merta tanpa syarat dan sekiranya mereka ada bukti yang boleh disabitkan kesalahan adili mereka menurut UU.
5. Hendaklah kembalikan hak rakyat yang telah memilih pemimpin yang sah, menerajui negara
6. Hendaklah menarik balik Undang-Undang Darurat (martial law) dan Dikri Darurat (emergency decree) dan kembali kepada UU awam (sipil) sepenuhnya di Patani.
Kami percaya bahawa Bangkok sekiranya mahu menunjukan ketelusannya dan akur terhadap UU pasti semua penjenayah yang membunuh 4 orang awam dan lain-lain kes yang sama dapat dibawa kemuka pengadilan awam dalam keadaan segera, agar pembunuhan kejam seperti ini tidak berulang lagi di Patani.