Skip to main content

Sejarah kedatangan bangsa penjajah Eropa ke Asia Tenggara (ASEAN) sekitar abad yang ke-16 M. Dunia Melayu telah ditekan dan dibelenggu dengan berbagai polisi penjajahan politik, ekonomi, sosial dan budaya yang amat dahsyat dan mendalam. Pada abad 17 M, bangsa Penjajah Siam (Thailand) pula menyerang Patani. Empat kali serangan dapat dipatahkan, naun akhirnya dalam serangan kali yang kelima pada tahun 1786 M, Patani kalah dan Siam masuk memaksa kerajaan Melayu Islam Patani membayar Ufti (Bunga Emas) kepada Bangkok selama 116 tahun (1786-1902) sebagai cukai perlindungan keselamatan dan diplomatik. Pada abad 19 Siam mengadakan perjanjian sulit Anglo Bangkok 1902 M, atau Anglo Siamese Tryeaty 1902 M, yang ditandatangani oleh dua bangsa penjajah British dan Siam 10 Mac 1909 M, di Bangkok. Dengan termeterainya perjanjian tersebut Negara Melayu Patani yang merdeka dan berdaulat, ditakluk dan dijajah sepenuhnya oleh Siam. Akibatnya geografi persempadanan negara bangsa Patani telah terbahagi dua: 1)  Menara (Narathiwat), Tenibong (Yala), Kuala Bekah (Pattani), Sanggora (Songkhla) dan Setul (Satun) kepada penjajah Siam Bangkok.  2) Kelantan dan Terengganu kepada penjajah British dalam Malaya.  

Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 10 Desember 1948 M, dalam piagam Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (MPA) atau Charter International Court of Justice (ICJ) Pasal 36 (1). Bidang kuasa MPA terdiri daripada semua kes yang mana pihak-pihak merujuk kepadanya dan semua perkara yang disediakan khas untuk dalam Piagam PBB atau dalam perjanjian dan konvensyen yang berkuat kuasa.

Pasca DUHAM mengatur hubungan hukum antara negara dengan negara dan antara negara dengan bangsa yang belum bernegara. Undang-undang perjanjian antarabangsa (UUPA) digubal oleh Konvensyen Vienna 1969 M, (Vienna Convention).  Pasal 2 (1) (a) : Semua perjanjian yang dibuat oleh negara bangsa sebagai salah satu subjek hukum, yang berisi ikatan-ikatan yang mempunyai akibat-akibat berdasarkan statut hukum.

Merujuk kepda statut hukum perjanjian publik secara umumnya ada dua, iaitu:

1) Perjanjian Bilateral (perjanjian antara dua negara) dan  

2) Perjanjian  Multilateral (perjanjian banyak negara tiga atau lebih).

Kedua-dua perjanjian Bilateral dan Multilateral ini tertakluk kepada isi perjanjian dalam  kepentingan pihak-pihak yang menandatangani sesuatu perjanjian itu tujuan umumnya ada dua, iaitu:

1)     Tujuan perjanjian yang berisi soal-soal khusus (Treaty Contract) atau perjanjian kontrak tertutup, yakni perjanjian yang hanya melahirkan kaedah hukum atau hak-hak dan kewajipan yang berlaku antara pihak yang menendatangani perjanjian itu sahaja.   

2)     Tujuan perjanjian yang berisi masalah-masalah umum (Law Making Treaty) atau perjanjian yang berasaskan UU terbuka, yakni dilihat dari kaedah hukum yang ditandatangani antara pihak dapat diakui kesahehannya menurut UUPA atau tidak.

Syarat-syarat sah dan batalnya sesutu perjanjian itu ada dua antaranya;

1)     SUBJEKTIF;

a)     Kesepakatan para pihak dalam perjanjian

b)     Kecekapan para pihak dalam perjanjian

 

2)     OBJEKTIF;

a)     Suatu hal tertentu

b)     Sebab yang sah

Kecakapan para pihak merupakan salah satu syarat subjektif dari sahnya perjanjian. Jika suatu perjanjian tidak memenuhi syarat subjektif, maka perjanjian tersebut dapat dibatalkan atau terbatal.

Menurut syarat perjanjian SAH dan BATAL di atas, Perjanjian Anglo Bangkok 1902 M,  yang ditandatangani oleh dua pihak penajajah British dan Siam 1909 itu, adalah perjanjian Multilateral (perjanjian tiga pihak). 1) Tidak SAH (batal) kerana tidak ditangani oleh pihak Patani. Dan 2) Tidak SAH (batal) kerana tidak memenuhi syarat perjanjian subjektif iaitu;

1)     Menipulasi perjanjian Multilateral

2)     Pelanggaran statut UUPA

3)     Akibatnya pihak Patani terjajah (tidak ada kesepakatan).   

4)     Akibatnya HAM rakyat melayu Patani dinafikan (tidak cekap).

Dengan DUHAM itu,  Penjajah bangsa Eropa di Asia Tenggara seperti Belanda, Perancis, British, Sepanyol dan Portugis keluar, satu demi satu pada abad 20 M, kerana mereka akur atas tuntutan perjuangan pembebasan rakyat bangsa-bangsa di bawah jajahan mereka dengan menyerahkan kembali kemerdekaan kepada rakyat bangsa pertuanan masing-masing menurut hukum antarabangsa.

Indonesia Merdeka 17 Ogos 1945,  Vietnam Merdeka 2 September 1945,  Filipina Merdeka 4 Juli 1946, Burma Merdeka 4 Januari 1948, Laos Merdeka 19 Julai 1949, Kamboja Merdeka 9 November 1953, Malaysia Merdeka 31 Ogos 1957,  Berunei Merdeka 1 Januari 1984 dan akhir sekali Timor Timur merdeka melalui referendum 30 Ogos 1999.

Penulis menghitung-hitung sejak Siam masuk dan menjajah Patani hingga sekarang selama 229 tahun (1786-2015).   

Misi perjuangan rakyat Patani meliputi seluruh kegiatan politik, ekonomi, sosial dan budaya maju seiring membawa satu suara ke pentas dunia “PATANI MERDEKA” bersama merealisasikan lima prinsip Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Dan Rakyat Yang Tidak Diwakili Peguam atau Unrepresented Nations and Peoples Organization (UNPO) 11 Februari 1991 M, antara prinsip UNPO ialah;

1)     Hak untuk penentuan nasib sendiri; 

2)     Kepatuhan terhadap standard HAM yang telah diterima secara  DUHAM dan instrumen antarabangsa lainnya;

3)     Kepatuhan terhadap prinsip-prinsip pluralisme demokratik dan penolakan terhadap totalitarianisme dan ketidak toleransi dalam beragama;

4)     Promosi tindakan tanpa kekerasan dan penolakan terorisme sebagai instrumen kebijakan; dan

5)     Perlindungan terhadap Alam Sekitar.

Kesimpulannya, UUPA bermatalamatkan kepatuhan kepada Piagam PBB atau perjanjian konvensyen-konvensyen yang berkuat kuasa untuk menjamin hak dan kebebasan bangsa-bangsa manusia sejagat.

Pertama; Perjanjian Anglo Bangkok 1902 M, tidak SAH kerana;

1.     Perjanjian Multilateral

2.     Terdapat pelanggaran terhadap DUHAM dan UUPA

3.     Terdapat adanya bangsa ditipulasi dan dijajah (Melayu Patani).

4.     Ada pihak yang dirugikan (Patani).

5.     Adanya ancaman dari sebelah pihak (penjajah Siam).

Kedua; Perjanjian Anglo Bangkok 1902 M, sejak 1909-2015 M, selama 106 tahun TERBATAL dengan sendirinya bila terdapat unsur-unsur berikut:

1.      Pihak penjajah British telah memberi kemerdekaan kembali kepada rakyat Malaya (31 Ogos 1957).

2.     Tamatnya masa perjanjian (100 tahun).  

3.     Adanya pihak yang dirugikan (rakyat Patani)

4.     Rakyat telah menuntut kembali Patani merdeka

5.     Siam tidak mematuhi syarat sahnya perjanjian (syarat subjektif) .

Hak menentu nasib sendiri telah menjadi hak milik mutlak bangsa pertuanan di negaranya sendiri dan penggunaannya tergantung kepada bangsa itu sendiri. Komitmen rakyat Patani tegas dalam perinsip, yakin dalam praktek dan sabar dalam menghadapi liku-liku perjuangan. Kesatuan nasib kebangsaan rakyat Melayu Patani saling terkait dalam tugas dan tanggungjawab. Tidak ada jalan pintas menuju kemerdekaan Patani. Bukan berdasarkan arus, tetapi berdasarkan hak yang sama untuk menentukan nasib sendiri (The equal right to self-determination) seperti bangsa-bangsa yang merdeka lainnya di dunia.    .