Hari Penubuhan NEGARA ISLAM PATANI adalah pada 15 Jun 1457 M. Sejak itu, Negara Melayu Patani bebas daripada zaman Jahiliah kepada zaman kerajaan Islamiah, bukan sahaja dari segi sistem pentadbiran kerajaan Melayu Patani, tetapi juga akal minda rakyatnya yang merdeka. Patani mengamalkan hukum Islam (syariah) mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT dan mengatur hubungan menusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Pemerintah dan rakyat Patani diatur oleh undang-undang Islam, dan hal ini berlaku kepada semua individu warga negara Patani. Adapun Bangsa Melayu Patani pula ialah individu rakyat yang memiliki kesamaan sejarah dari segi asal keturunan, bahasa, budaya dan setanah air. Bangsa Melayu Patani juga memiliki simboliknya tersendiri seperti, mohor kebangsaan, bendera kebangsaan, bahasa kebangsaan, lagu kebangsaan, budaya Kebangsaan dan hari kebangsaan. Setiap kali tibanya hari ini dalam sejarah, kita pasti akan terkenang sejarah Negara Islam Patani yang merdeka dan berdaulat pada satu ketika dahulu.
Dalam lipatan sejarah, kerajaan Melayu Patani diwarnai dua zaman iaitu 1) Zaman Kerajaan Melayu Langkasuka pengaruh Hindu (Brahma), dan 2) Zaman Kerajaan Melayu Patani pengaruh Islam. Sejarah PengISLAMan Negara Patani oleh Sultan Ismail Shah pada 15 Jun 1457 M ini, adalah simbolik hari perhimpunan kebangsaan yang diorganisir sendiri oleh rakyat Patani yang jiwa merdeka di mana sahaja mereka berada.
Sejarah mencatatkan bahawa agam Islam masuk ke Asia Tenggara pada abad ke-7 M, dan berkembang pada abad ke-11, 12 dan 13 M, ke seluruh pelusuk dunia Melayu. Islam berkembangan pesat di Patani pada abad ke-12 M. Rakyat Melayu Patani telah memeluk agama Islam 300 tahun sebelum Sultan Ismail Shah pengasas negara Islam Patani memelik Islam pada pertangahan abad ke-14 M. Setelah pembesar-pembesar kerajaan Melayu Patani memeluk Islam maka seterusnya akan diikuti oleh golongan bawahan atau pun rakyat secara beramai-ramai. Menjelang abad ke 15 M, agama Hindu dan Buddha tidak berpengaruh lagi di Patani.
Sistem pendidikan pondok di Patani tersyohor dan tersebar dengan lancar melalui bahasa ibunda Melayu Patani ke dalam bangsa rumpun Melayu di Asia Tenggara kerana bahasa ibunda yang satu. Kesusasteraan Melayu Patani juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Patani. Dengan dibantu para pedagang Islam dari Asia Barat dan Timur Jauh, di samping berdagang mereka berdahwah dan juga memperkenalkan Abjab Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ramai ulama Melayu Patani menjadi penulis dan pengarang kitab-kitab jawi dalam berbagai bidang ilmu dunia dan akhirat. Hal ini memudahkan lagi para ulama Patani dan para cikgu dan pendakwah mengajar ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana mereka dapat membaca dan menguasai tulisan jawi.
Konsep Negara Islam Patani ialah keadilan, kemanusiaan dan berkebajikan, berdasarkan syura. Kerajaan Melayu Patani ditadbir usus oleh ketua negara yang bergelar ”Sultan” dan “Sultanah”. Sultan Ismail Syah merupakan pengasas pemerintahan negara Islam Patani yang pertama yang melantik ulama (Sheikh Said Sumudra Pasai) sebagai penasihatnya. Kegemilangan Patani pada zaman pemerintahan 4 orang sultanah putri Pelangi (1584-1649) menjadi mercu tanda kemajuan dan kemakmuran negara Islam Patani. Patani sebagai pusat perdagangan tersohor dengan pelabuhan bebasnya dan pusat mengajian tinggi Islam dalam sistem Pondok mendapat gelaran sebagai ”Serambi Mekah” dan bahasa Melayu menjadi bahasa utama didunia Melayu.
Detik-detik serangan Siam terhadap Patani pada 1786 M, tidak dapat dilupakan oleh rakyat Patani selain pengkhianatan Nai Can Tung (Siam Muslim) yang berpura-pura setia kepada Sultan Muhammad senyap-senyap pada waktu malam dengan sebuah perahu ke arah laut Cina Selatan dan membocorkan rahsia lokasi kubu pertahanan Patani kepada penglima Siam yang menunggu di laut dan secara terancang tentera Siam mendarat di Kuala Patani memukul askar Patani dari arah belakang. Selama berberapa bulan tentera Siam bermahrajalela di Patani, puluhan ribu askar Melayu Patani termasuk Sultan Muhammad sendiri syahid di medan peperangan. 4,000 orang rakyat Patani ditawan dan meriam besar Sri Petani dan Seri Negara dirampas dan dibawa ke Bangkok. Seluruh pusat pentadbiran dan kampung halaman rakyat dibakar hangus seperti ”Padang Jarak Padan Terkukur”. Hanya tersisa sebuah Masjid Pintu Gerban (Kerisik) menjadi saksi sejarah sempai kehari ini.
Tahun 1902 Siam mengadakan perjumpaan sulit dengan penajah British yang telah meanghasilkan satu perjanjian Anglo Bnagkok dan diratifikasikan 1909 M. Dengan itu Patani dijajah oleh bangsa Siam Bangkok hinggalah hari ini.
Menurut hukum antarabangsa walaupun wilayah negara Patani dimasukan di bawah negara Siam, namun Negara Islam Patani tetap mempunyai hak milik pertuanan Melayu Patani. Penjajah Siam di Patani mesti dihapuskan kerana bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) dan resolusi pertubuahan bangsa-bangsa bersatu (PBB) No, 1514 (XV) pada tanggal 14 Desember, 1960, dengan nama “Pernyataan Mengenai Kewajiban Pemberian Kemerdekaan Kepada Negeri-Negeri dan Bangsa-Bangsa terjajah yang belum bernegara”.
Rakyat Patani terjajah harus memiliki empat keinginan yang signifikan berhimpun menyambut hari persejarahan HARI NEGARA ISLAM PATANI ini, iaitu:
- Keinginan untuk mencapai kesatuan kebangsaan untuk mendapat kekuatan politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
- Keinginan untuk mencapai kemerdekaan dan hak-hak kebebasan rakyat Melayu Patani untuk merasa aman dalam keberadaan pemerintahan sendiri .
- Keinginan untuk berdikari, keunggulan individual, keaslian dalam memperkasakan bahasa ibunda Melayu Patani.
- Keinginan untuk menonjol pemimpin kebangsaan rakyat Patani di antarabangsa dalam mengejar kehormatan, pengaruh, dan martabat bangsa sendiri.
Empat keinginan di atas diorganisir sendiri oleh rakyat Patani untuk mendokong dan memperkasakan wawasan merdeka selaras dengan Hak Menentukan Nasib Sendiri (Right To Self-Determination). Hak tersebut hanya dapat digunakan sekali oleh bangsa terjajah (bangsa yang belum bernegara).
Sambutan hari Negara Islam Patani setiap tahun adalah simbolik kebebasan (liberty), persamaan (equation), dan persaudaraan (brotherhood). Bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh artinya:
- Perjuangan rakyat Patani akan berhasil apabila dikerjakan bersama-sama.
- Bangsa melayu Patani terjajah akan menjadi kuat dan bersatu apabila tidak terpecah belah.
Perahu berlalu kiambang bertaut
Hanyut berkayuh menuju muara
Sejarah dahulu Islam disambut
Rakyat bersatu, Patani merdeka!.
Selamat menyambut HARI NEGARA ISLAM PATANI yang ke-558 (15 Jun 1457 H/15 Jun 2015M). Dengan itu marilah kita meluangkan waktu sejenak untuk bermuhasabah, diri atas nikmat Iman dan nikmat Islam kepada bangsa dan pemeritah negara kita. Dengan hidayat dan taupiq dari Allah SWT, dapat kita beramal dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara Patani tercinta. Semoga Allah SWT memakbulkan cita-cita kita (Patani merdeka) dan sama-sama memperoleh keredhaan-Nya. Amin!.