PEMASYHURAN MARA PATANI/ The Proclamation of MARA Patani

Abu Hafez Al-Hakim's picture

Pada 3-7 Jun 2015 MARA Patani telah mengadakan satu muktamar di luar pagar Patani dengan dihadiri oleh perwakilan kesemua komponen dari pertubuhan-pertubuhan pembebasan Patani. Muktamar  MARA Patani yang pertama kali diadakan itu merupakan satu lagi langkah yang bersejarah bagi menentukan halatuju perjuangan pada masa akan datang.

Muktamar itu juga telah mengesahkan penubuhan MARA Patani dan telah dimasyhurkan pada 5 Jun 2015 bersamaan 18 Syaaban 1436 H. Pada 27 Ogos 2015 teks pemasyhuran itu telah diedarkan kepada pihak media dalam sidang akhbar MARA Patani di Kuala Lumpur.

Di sini disiarkan teks rasmi Pemasyhuran MARA Patani yang diperolehi :

PEMASYHURAN MARA PATANI

Bismillah Al-Rahman Al-Rahim

 

1. Di atas nama perjuangan rakyat Patani sukacita dimasyhurkan penubuhan Majlis Syura Patani  dan di kenali sebagai MARA Patani ( Patani Consultative Council - PCC ). Majlis ini telah tertubuh bersandarkan ikatan persaudaraan dan semangat kerjasama kumpulan-kumpulan pejuang Patani yang telah bersepakat untuk bernaung di bawah MARA Patani sebagai sebuah organisasi payung. Kesepakatan ini telah termeterai di atas Deklarasi bertarikh 15 Mac 2015 bersamaan 24 Jamadil Awal 1436 H.

2. Kumpulan-kumpulan pejuang Patani juga mengiktiraf gerakan serta pihak lain yang turut sama memainkan peranan di dalam menuntut hak menentukan nasib sendiri rakyat Patani. Justeru, MARA Patani juga menerima penglibatan dari gerakan dan pihak yang turut berperanan dalam perjuangan ini. MARA Patani wujud untuk memastikan setiap hak dan kepentingan rakyat Patani didengar, diambilkira, dibincang dan dapat diperjuangkan dengan lebih jitu,tersusun dan mantap, insya Allah.

3. MARA  Patani akan meneruskan kelangsungan perjuangan rakyat Patani didalam menghadapi pihak Kerajaan Thailand  termasuk melalui proses Dialog Damai Patani (JWG-PDP) bersandarkan Konsensus Am bertarikh  28 Febuari 2013 , dimana pihak Malaysia telah dipersetujui secara bersama untuk melaksanakan peranan selaku Fasilitator. Jesteru , MARA Patani menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan besar di dalam proses penyelesaian yang adil, menyeluruh dan berkekalan di Patani dapat dicapai. 

 

Tanda tangan

............................................

( AWANG JABAT )

Pengerusi

Majlis Syura Patani

5 Jun 2015 bersamaan 18 Syaaban 1436 H

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(English translation by Abu Hafez)

 

On 3-7 June 2015, outside the fence of Patani , a conference was held by MARA  Patani, attended by representatives of all its components. This first conference for MARA Patani was another historical step towards the determination of the direction of future Patani struggle.

MARA Patani was officially endorsed and proclaimed  in the Conference on 5 June 2015 / 18 Syaaban 1436 H. On 27 August 2015 the proclamation text was made available to the media where MARA Patani held a press conference in Kuala Lumpur.

 

THE PROCLAMATION OF MARA PATANI

In the Name of Allah the Most Merciful and Most Compassionate

 

In the name of the struggle of the people of Patani, it is hereby proclaimed the formation of Majlis Syura Patani,  also known as MARA Patani ( Patani Consultative Council-PCC) . This Council has been formed based on fraternal bond and cooperative spirit of the Patani fighters  groups which have agreed to come  under the umbrella organization of Mara Patani. The agreement  was sealed by the Declaration dated March 15, 2015 / 24 Jamadil Awal 1436 H.

The Patani fighters groups  also recognize the roles of other movements and  parties that mutually demand  for the right to self-determination of Patani people. Hence, Mara Patani also  welcomes the participation  and the roles of  other  movements and parties in this struggle. The existent of Mara Patani is  to ensure that all the  rights and interests of the people of Patani are heard, considered, discussed and  fought for, consistently,  systematically,  and concretely, by the will of Allah.

Mara Patani will maintain the continuation of  the struggle  of the people of Patani versus  the Thai government   including through the Patani Peace Dialogue process ( Joint-Working-Group Peace Dialogue Process - JWG-PDP)  based on the General Consensus  dated on  February 28 2013 ,where  Malaysia was mutually agreed to be  the facilitator. Therefore, Mara Patani expresses its willingness to play a significant role in the process to achieve a just, comprehensive and sustainable solution in Patani  

 

signed

.............................................

( AWANG JABAT )

Chairman

MAJLIS SYURA PATANI

June 5 2015/18 Syaaban 1436 H

 

 

Abu Hafez Al-Hakim ,dari Luar Pagar Patani

30 Ogos 2015/ 15 Zulqaedah 1436 H

 

Malay