Skip to main content

PEMASYHURAN MARA PATANI/ The Proclamation of MARA Patani

Pada 3-7 Jun 2015 MARA Patani telah mengadakan satu muktamar di luar pagar Patani dengan dihadiri oleh perwakilan kesemua komponen dari pertubuhan-pertubuhan pembebasan Patani. Muktamar  MARA Patani yang pertama kali diadakan itu merupakan satu lagi langkah yang bersejarah bagi menentukan halatuju perjuangan pada masa akan datang.

Muktamar itu juga telah mengesahkan penubuhan MARA Patani dan telah dimasyhurkan pada 5 Jun 2015 bersamaan 18 Syaaban 1436 H. Pada 27 Ogos 2015 teks pemasyhuran itu telah diedarkan kepada pihak media dalam sidang akhbar MARA Patani di Kuala Lumpur.

Raya Enam

Perayaan ‘raya enam’ ini mungkin agak asing bagi ramai. Saya sendiri tidak pernah mengenali perayaan sedemikian sebelum menjejakkan kaki di bumi Patani. Kali pertama saya menyedari kepentingan perayaan ini bagi masyarakat Melayu Patani adalah apabila saya mula bertugas sebagai pensyarah bahasa Melayu di sebuah universiti tempatan di Patani, Thailand Selatan. Setelah habis masa mengajar, saya mengakhiri kelas saya dengan ‘OK, waktu sudah habis. Hari ini sampai di sini sahaja.

Ramadan Bulan Perjuangan Dan Bulan Kemenangan

Jihad dalam bulan Ramadan atau Jihad dalam bulan Puasa.  

(1) Bulan Ramadan tidak berarti shahrus siaam (bulan puasa) bagi umat Islam, tetapi juga syahrul jihad wal intisarat (bulan perang dan kemenangan. Banyak peperangan dan kemenangan justeru diraih oleh kaum muslimin sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga generasi berikutnya pada bulan yang agung ini. Meskipun pada bulan suci ini mereka berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga, mereka tetap bersemangat dan kemampuan mereka mampu menghalang musuh.