Skip to main content

Dasar Fikir Santhisuk Junta Thai VS Parpol Patani

Di dunia dewasa ini setiap bangsa manusia memerlukan kehidupan yang bebas, merdeka dan berdaulat. Peranan rakyat Bangsa Melayu Patani yang terjajah menjadi sangat penting dalam setiap sudut dan sendi kehidupan berbangsa dan bernegara. Parpol (Partai Politik) Revolusi Rakyat Melayu Patani dewasa ini sudah bersatu melawan penjajahan Siam Thailand secara aktif, bekecuali dan cinta damai. Berkat dorongan semangat nasional yang bercita-cita luhur untuk mengutarakan pendapat, mencapai keinginan bersama, menyampaikan ketidaksetujuan dan masih banyak lagi.

HARI NEGARA ISLAM PATANI

Hari Penubuhan NEGARA ISLAM PATANI adalah pada 15 Jun 1457 M. Sejak itu, Negara Melayu Patani bebas daripada zaman Jahiliah kepada zaman kerajaan Islamiah, bukan sahaja dari segi sistem pentadbiran kerajaan Melayu Patani, tetapi juga akal minda rakyatnya yang merdeka. Patani mengamalkan hukum Islam (syariah) mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT dan mengatur hubungan menusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar. Pemerintah dan rakyat Patani diatur oleh undang-undang Islam, dan hal ini berlaku kepada semua individu warga negara Patani.