Skip to main content

Duit SBPAC (ศอ.บต.)?

Nampaknya, pada pandangan sesetengah orang tempatan di Patani, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan masyarakat madani (CSO) tidak boleh, tidak wajar atau tidak seharusnya menerima bantuan kewangan daripada Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC atau so or bo to, ศอ.บต.). Tetapi pandangan sedemikian merupakan pandangan yang agak sempit.

Sikap dingin terhadap bahasanya sendiri

Dalam ruangan ‘Perspektif’ yang tersiar dalam Dewan Masyarakat keluaran Ogos 2013, Tuan Noor Azam telah menyatakan rasa kesalnya kerana beliau telah menyokong pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau mempersoalkan kerelevanan tindakan tersebut yang pada tanggapannya bertentangan dengan arus perkembangan dunia sekarang yang bahasa Inggeris memainkan peranan yang semakin penting.