SEKOLAH DAN GURU
Sekolah adalah sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmu pengentahuan kepada pelajar, tanpa mengira latar belakang ibu bapa mereka. Guru atau cikgu adalah pengajar, pendidik, mudarris dan pengasuh yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah, pondok, madrasah dan universiti. Dalam zaman globalisasi ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, misalnya ‘management guru’ merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan.
PATANI PERKENALKAN IHL
Undang-undang kemanusiaan internasional, atau Internasional Humaniter Law (IHL) dan disebut juga undang-undang konflik bersenjata. IHL adalah dasar pokok undang-undang kemanusiaan dunia yang digubal oleh empat (4) Konvensyen Geneva dan Konvensyen Den Haag dan dimeraikan perjanjiannya oleh negara bangsa anggota Pertubukan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), bagi memlengkapkan perilaku tentera setaraf antara negara-negara anggota dengan tentera yang bukan negara (organisasi rakyat terjajah) dalam keadaan konflik bersejata.
Hala tuju bahasa Melayu Patani
Kira-kira sebulan yang lalu, saya ditanya oleh seorang rakan Facebook berkenaan dengan terjemahan istilah ‘Faculty of Political Science’ ke dalam bahasa Melayu. Pertanyaan ini disertakan dengan gambar papan nama fakulti di Universiti Prince of Songkla dalam tiga bahasa: di paling atas bahasa Thai, di tengah bahasa Inggeris dan di bawahnya bahasa Melayu bertulisan Jawi yang berbunyi ‘Fakulti Sains Politik’. Rakan yang mengemukakan soalan ini juga menyatakan bahawa terjemahan ini memang betul mengikut hukum bahasa Melayu Malaysia.
Catatan tentang kempen 'Cintai(lah) pakaian dan budaya Melayu'
Kempen yang dilakukan oleh anak-anak muda Patani untuk mempromosikan penggayaan pakaian Melayu amat dihargai. Sesungguhnya pakaian merupakan satu cabang budaya yang amat signifikan dalam menampilkan diri, yang juga dapat menunjukkan adat resam sesuatu bangsa berdasarkan kepercayaan yang dianutinya.
Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan video ini, dan semoga usaha seperti ini diteruskan. Dengan adanya usaha sedemikian, kita dapat memastikan hakikat yang paling dasar bahawa Patani merupakan sebahagian daripada Dunia Melayu.
PROSES DAMAI PATANI MENDAPAT LAMPU HIJAU ?
PROSES DAMAI PATANI MENDAPAT LAMPU HIJAU ?
Setelah lebih sebulan pihak junta yang merampas kuasa di Thailand atas nama Majlis Keamanan
dan Ketenteraman Kebangsaan (NCPO, National Council for Peace and Order) yang dikepalai
oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Prayut Chan-ocha, akhirnya melaui Setiausaha Agung
NCPO, Jeneral Udomdej Sitabutr pada 30 Jun 2014 telah mengumumkan pendirian jelas mereka
berhubung Proses Damai Patani.
BAHASA MELAYU PATANI: SEKARANG DAN MASA DEPAN?
Abdulloh Wanahmad; AwanBook
Dewasa ini, bahasa Melayu di Patani nampaknya semakin kurang penggunaannya, akibat dari pelbagai faktur yang mengkikis bahasa Melayu di Patani, sedikit demi sedikt, secara beransur-ansur.
Walaupun bahasa Melayu masih lagi menjadi alat perhubungan antara masyarakat Patani, tetapi itupun hanya secara lisan sahaja, dan terdapat juga, segulungan anak muda, takdapat menggunakan bahasa Melayu, dengan baik dan tepat dengan kaidahnya.
Nasib Radio Komuniti yang kerdil
Saya pernah menolong sebuah rancangan radio bahasa Siam selama kira-kira dua tahun di stesen radio yang dimiliki oleh universiti tempatan. Rancangan itu berkenaan dengan Komuniti ASEAN dan panjangnya satu jam. Sebelum menyertai rancangan, saya juga terpaksa menyiapkan diri dengan materi berita dalam bahasa Siam tiap-tiap minggu, tebalnya rata-rata 15 halaman kertas A4. Selama menolong stesen berkenaan (secara percuma), hanya tiga kali sahaja saya ditegur oleh penduduk tempatan berkenaan dengan rancangan berkenaan.
HARI NEGARA ISLAM PATANI
Islam masuk ke Patani sekitar abad ke-10 M, melalui para pedagang dari jazirah Arab. Para pedagang tersebut menyebarkan Islam di kalangan rakyat Melayu Patani, dari penduduk dipersisiran pantai hingga kependalaman telah mendapat sambutan yang luar biasa.
Kepentingan ‘Pantai Ini Lautnya Dalam’ oleh Abdul Razak Panaemalae
Himpunan sepuluh buah cerpen serta 24 buah sajak ini, yang dihasilkan oleh pensyarah bahasa Melayu dari Universiti Walailak, Thailand, mempunyai keistimewaan tersendiri. Keistimewaan buku ini lahir daripada latar belakang penulis yang amat unik.
BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI
BANGSA MELAYU PATANI adalah bangsa yang merdeka dan berdaulat. Bangsa yang mempunyai sejarah bahasa dan budayanya yang tersendiri. Bangsa yang dikenali sebagai Bangsa PERTUANAN Melayu Patani. Bangsa yang menegak kebenaran dan menetang penjajahan. Bangsa yang cinta damai, tapi lebeh mencintai kemerdekaan.