Skip to main content

Thung Yang Deng Model

Sejak negara bangsa Siam diubah kepada negara bangsa Thailand dan kekuasaan konstitusional mengganti kuasa monarki absolut pada tahun 1932. Raja Thailand ketika itu, Prajadhipok (1925-1935) atau Raja Rama VII (7) tidak mempunyai sebarang pilihan lain kecuali menerima syarat mengubah kuasa raja mutlak kepada raja berperlembagaan yang tidak ikut campur dalam urusan politik berparlimen. Setelah itu Thailand dipimpin oleh tokoh-tokoh militer dan sipil dari parti-parti kerajaan bersama parti pembangkang yang menggubal dasar-dasar kerajaan pusat (Bangkok) secara silih berganti.

Proses Damai Dalam Subjek Hukum Antarabangsa

Pengalaman sejarah tenggelam timbul perjuangan pembebasan rakyat Melayu Patani melawan penjajah Siam/Thailand dari generasi ke generasi hingga sekarang adalah sebagai guru yang hidup. Rakyat Patani menyedari hakikat bahawa bangsa mereka dijajah oleh Siam setelah perjanjian haram Anglo Siamese Treaty 1902 M., yang diratifikasikan oleh dua bangsa penjajah asing (Inggris dan Siam) pada 10 March 1909 M, di Bangkok.

Hukum Perlindungan Hak Kanak-Kanak

Kanak-kanak adalah pemimpin masa depan bangsa. Kanak-kanak juga adalah golongan yang berhak dan perlu diberi perlindungan kerana dalam kebanyakan keadaan, mereka mudah terdedah kepada pelbagai bahaya sama ada menjadi mangsa atau pun berada dalam situasi yang terancam membabitkan keselamatan diri terhadap entiti kanak-kanak terutama dalam sesebuah negara yang berkonflik seperti di Patani. Kanak-kanak  masih belum dewasa dan belum boleh membuat keputusan sendiri. Atas faktor itu mereka dilindungi oleh hukum dan memerlukan penjagaan dan pemantauan khas oleh semua pihak.