Skip to main content

Peranan Ibu Bapa dalam Era Globalisasi

Peranan ibu bapa pada era globalisasi (dunia tanpa sempadan) ini amat mencabar. Merekalah yang bertanggungjawab atas masa hadapan anak-anak bangsa kita. Peranan mereka sebagai pendidik di sekolah pertama anak-anak sejak turun-temurun lagi. Atas bahu merekalah tanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai-nilai kasih sayang, kasih kepada bangsa dan kasih kepada negara sendiri. Ertinya pengorbanan mereka mendidik anak-anak untuk menunaikan hubungan kepada Allah SWT dan hubungan sesama manusia sangat mulia.

PATANI DAN PERDAMAIAN

Bahawa sesungguhnya PATANI adalah sebuah negara bangsa Melayu Islam yang merdeka dan berdaulat (1457-1902). Kemerdekaan itu adalah kurniaan Allah SWT kepada umat bangsa-bangsa manusia, yang menjadi hak semua bangsa yang tidak boleh dipisahkan dan dijajah oleh mana-mana bangsa pun. Penjajah bangsa Siam/Thai atas bangsa Melayu Patani sejak 112 tahun yang lalu (1902-2014) bertentangan dengan hak perikemanusiaan dan perikeadilan.

Catatan 14 November

1.

Hari ini diadakan satu perbincangan tidak rasmi antara aktivis masyarakat Patani. Tajuk perbincangan pokok ialah hak asasi manusia, dengan memberikan perhatian khusus kepada kes Anwar Ismail, atau dikenali sebagai Anwar Bunga Raya, seorang aktivis komunikasi masa tempatan yang dipenjarakan atas tuduhan bahawa beliau adalah anggota ‘sebuah pertubuhan’.